Penerbangan Ditunda Atau Dibatalkan? Anda Berhak Tuntut 3 Jenis Pampasan & Ini Caranya

pampasan penerbangan ditunda

Mesti anda pernah berdepan dengan penjadualan semula atau penerbangan ditunda, bukan? Tidak menjadi masalah jika syarikat penerbangan tersebut membuat pemakluman awal kepada para penumpang.

Cuma yang menjadi masalah apabila syarikat penerbangan tersebut tidak memberi sebarang makluman atau penundaannya dilakukan beberapa jam sebelum jadual asal yang ditetapkan.

Hal ini kerana kita perlu tiba di lapangan terbang beberapa jam awal sebelum penerbangan dilakukan untuk mengikuti prosedur yang ditetapkan seperti perlu masuk di ruang menunggu 30 minit lebih awal, ‘check-in luggage‘ dan sebagainya.

Seperti sebelum ini, tular isu sebuah syarikat penerbangan yang tidak memaklumkan kepada penumpang tentang penjadualan semula penerbangan mereka pada ketika itu.  Disebabkan itu, seorang penumpang telah naik berang dan memaki kakitangan syarikat yang bertugas.

kapal terbang
Kredit: Sinar Harian

Jadi, bagi mengelakkan perkara yang sama daripada berulang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNHEP) telah berkongsi beberapa pampasan yang boleh dituntut sekiranya penerbangan ditunda atau dibatalkan.

Tetapi, sebelum ini adakah anda tahukah anda sekiranya penerbangan ditunda atau dibatalkan, anda berhak untuk menuntut pampasan? Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan penerbangan.

Misalnya bagi penerbangan yang ditunda dua jam atau lebih, anda boleh menuntut pampasan daripada aspek makanan, panggilan telefon dan akses internet.

Seterusnya bagi penerbangan yang ditunda selama lima jam atau lebih, anda boleh menuntut untuk mendapatkan hotel dan pengangkutan daripada syarikat penerbangan tersebut.

Sebaliknya, jika penerbangan tersebut dibatalkan, pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif perlu disediakan oleh syarikat penerbangan kepada para penumpangnya.

Dalam kenyataan yang sama, KPDNHEP menyatakan pengecualian pampasan ini hanya berlaku untuk keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan yang melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.

Oleh itu, jika berdepan dengan situasi atau keadaan seperti ini, penumpang disarankan untuk membuat aduan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan bagi sebarang tuntutan pampasan.

Anda juga boleh layari https://www.mavcom.my untuk mengetahui maklumat lanjut.

 

 

Sumber: KPND

The post Penerbangan Ditunda Atau Dibatalkan? Anda Berhak Tuntut 3 Jenis Pampasan & Ini Caranya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*