Pengadil Ni Kongsi Bagaimana Cara Kira Mata Aksi Sukan Terjun

cara kira mata aksi sukan terjun

Pengadil Ni Kongsi Bagaimana Cara Kira Mata Aksi Sukan Terjun

Bahang sukan SEA Kemboja ke-32 masih lagi terasa dengan kutipan pingat kontinjen Malaysia sehingga setakat ini sudah mencapai sebanyak 32 emas, 42 perak dan 89 gangsa.

Sebanyak lapan pingat emas lagi diperlukan bagi menepati sasaran yang ditetapkan sebelum tamatnya acara sukan tersebut pada esok hari.

Sukan terjun masih lagi menjadi tumpuan selepas menyaksikan aksi cemerlang para atlet dengan kutipan empat emas, dua perak dan satu gangsa dalam kesemua tujuh pingat ditawarkan.

Bercakap tentang acara terjun atau ‘diving’, seorang pengguna TikTok bernama @refereekampung telah berkongsi tentang bagaimana cara pengiraan mata sukan tersebut.

Lelaki yang merupakan seorang pengadil dalam acara suka bola sepak itu telah berkongsi pengiraan mata berkenaan di akaun TikTok miliknya.

Menurutnya, untuk setiap terjunan akan mempunyai mata ‘difficulty’ yang berbeza. Semakin susah terjunan tersebut maka semakin tinggi mata ‘difficulty’ yang ditawarkan.

Lelaki itu turut memberikan contoh terjunan atlet Malaysia sewaktu acara itu di sukan SEA Kemboja baru-baru ini oleh tlet Enrique Maccartney.

Bagi jenis terjunan yang dilakukan atlet itu iaitu ‘Inward 3.5 Somersaults’ dengan ‘difficulty’ 3.2 telah berjaya mendapat mata yang tinggi.

Pengiraan mata dibuat oleh tujuh barisan juri

Pengiraan dibuat oleh tujuh orang juri dalam pembahagian markah tersebut iaitu dari skor 0 sehinggalah 10.

Pemberian mata tersebut berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan. Kriterianya adalah sewaktu ‘take off’, kekemasan terjunan dan ‘entry’ ke dalam air.

Tambahnya, daripada tujuh markah juri tersebut, dua markah terendah dan tertinggi akan disingkirkan. Lalu tiga markah ditengah sahaja akan diambil kira.

Kredit TikTok

Kemudian jumlah tiga markah di tengah akan ditambah dan kemudiannya hasil tambah tadi pula akan didarabkan dengan 3.2 (mata difficulty).

Di bawah adalah contoh pengiraan mata tersebut.

9.0+9.0+9.0= 27.0

27.0 x 3.2 (point difficulty)= 86.40

Jadi bagi terjunan tersebut, Enrique berjaya memperolehi sebanyak 86.40 mata.

BACA: Khairul Aming Kongsi Tips Beli Tiket ‘Standing’ Konsert Coldplay

Berdasarkan gambar di bawah, lelaki tersebut turut memberikan satu lagi contoh yang lain untuk memberikan gambaran yang lebih mudah agar pembaca dapat lebih fahami cara pengiraan tersebut.

Kredit TikTok

Bagaimana dengan penerangan oleh pengguna TikTok berkenaan? Diharap perkongsian pada kali ini dapat memberi maklumat tambahan kepada pembaca untuk memahami pemberian markah bagi acara sukan tersebut.

@refereekampung

Bagaimana cara pemberian markah bagi acara diving? Meh ref kongsikan. #SEAGames2023 #malaysiaroar #divingboard #sukansea2023 #aquaticmalaysia

♬ original sound – Nasseb Ali – Nasseb Ali

Sumber: TikTok via @refereekampung

The post Pengadil Ni Kongsi Bagaimana Cara Kira Mata Aksi Sukan Terjun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*