Penganggur rogol, liwat & bunuh nenek 85 tahun, dihukum gantung sampai mati

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur durjana selepas didapati bersalah atas pertuduhan merogol, meliwat dan membunuh seorang wanita warga emas berusia 85 tahun, dalam kejadian tiga tahun lalu, lapor Bernama.

Berdasarkan laporan media pada tahun berkenaan, tertuduh, Sathiaraj Kundaiah, 27, didakwa membunuh mangsa, Wong Chooi, 85, di sebuah rumah di Rumah Pangsa PKNS, Kampung Tasik Tambahan, ada 19 September 2019.

Mayat mangsa ditemui oleh anaknya yang baru pulang dari kerja kira-kira jam 5 petang, dalam keadaan tertiarap, tangan diikat di belakang, kepala ditutup dengan kain dan seluar yang dipakai turut dilucutkan, di dalam biliknya.

Anak mangsa kemudian terus menghubungi polis yang tiba tidak beberapa lama kemudian dengan pasukan forensik serta K9 untuk menjalankan siasatan.

Memandangkan tiada pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu, polis mengambil keterangan dari jiran-jiran berdekatan. Tetapi mereka memaklumkan, tidak mendengar apa-apa yang pelik pada hari kejadian.

Anak lelaki mangsa kemudian ditahan untuk membantu siasatan kerana disyaki membunuh ibunya kerana ada saksi yang mendakwa dua beranak itu bergaduh sebelum mangsa ditemui mati.

Tetapi keluarga mangsa memaklumkan, hubungan dua beranak itu adalah baik dan sudah lama tinggal bersama. Mereka telah menetap di rumah tersebut lebih dari 30 tahun dan disayangi oleh jiran-jiran.

Siasatan lanjut kemudian menemui kesan air mani pada mayat mangsa, tetapi tiada tanda-tanda menunjukkan mangsa telah dirogol. Penemuan bukti baharu itu sekali gus membuktikan anak mangsa tidak bersalah.

Selain itu, polis juga menemui kesan cap jari seorang lelaki di lokasi kejadian yang membawa kepada penahanan Sathiaraj Kundaiah atau Eno.

BACA: Remaja OKU dirogol 2 kenalan bapanya yang datang menumpang di rumah

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*