Penganjuran Thai Hot Guy Dibatalkan – Polis

thai hot guy dibatalkan

Penganjuran Thai Hot Guy Dibatalkan – Polis

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Penganjuran program Thai Hot Guy yang dijadual diadakan di sebuah premis hiburan di ibu negara pada 30 Mac ini dibatalkan susulan arahan polis dan tentangan pelbagai pihak.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata polis telah berjumpa dengan pihak penganjur program dan pengurusan premis berkenaan pada 2.30 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan mereka akur dengan arahan berkenaan.

“Amaran keras telah diberikan oleh polis kepada pihak penganjur agar program berkenaan tidak diteruskan dan dibatalkan. Pihak penganjur dan pengurusan akur untuk membatalkan program itu dan tiada sebarang program atau aktiviti yang tular sebelum ini, akan diadakan.

“Bagaimanapun polis akan terus membuat pemantauan berterusan ke atas premis itu dan akan mengambil tindakan tegas jika berlaku pelanggaran undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata promosi berkaitan program itu yang tular dalam pelbagai platform media sosial telah menimbulkan reaksi yang tidak menyenangkan serta kecaman daripada seluruh lapisan masyarakat.

Katanya, pihak polis sentiasa peka mengenai penganjuran program-program yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan negara.

Menurutnya setakat 4 petang tadi, polis telah menerima sebanyak 60 laporan membantah penganjuran program yang menampilkan pelayan-pelayan lelaki berpakaian wanita itu.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang sehingga menggugat ketenteraman awam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju menerusi talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: BERNAMA

BACA: Isu Tular Acara “Thai Hot Guy”, DBKL Bakal Ambil Tindakan – SU Politik PM

The post Penganjuran Thai Hot Guy Dibatalkan – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*