Pengantin Lelaki Terkedu, Dapati Semua “Ex Girlfriend” Jadi “Bridesmaid” Pengantin Perempuan

Pengantin Lelaki Terkedu

Pengantin Lelaki Terkedu, Dapati Semua “Ex Girlfriend” Jadi “Bridesmaid” Pengantin Perempuan

Seorang pengantin lelaki dilaporkan terkejut selepas mendapati bahawa semua pengiring pengantin wanita adalah bekas teman wanitanya, lapor The Thaiger.

Kejadian luar biasa itu dilaporkan berlaku di majlis perkahwinan pasangan dari Chongqing, China yang telah berpacaran selama dua tahun.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Liu berkata bahawa beberapa rakannya baru diketahui pernah menjalinkan hubungan dengan pasangannya itu.

Daripada berasa marah, dia memilih untuk merancang prank bagi mengenakan bakal suaminya itu.

Liu kemudiannya telah memutuskan untuk menjemput kesemua bekas teman wanita bakal suaminya itu untuk menjadi pengiring sewaktu majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Sewaktu pengantin lelaki masuk ke bilik untuk menjemput pengantin perempuan, alangkah terkejutnya si pengantin lelaki apabila mendapati kesemua bekas teman wanitanya turut berada di situ.

Semua pengiring itu memakai baju gaun panjang berwarna merah jambu sedondon

Kesemua bekas teman wanita lelaki itu dilihat memakai baju sedondon berwarna merah jambu sebagai pengiring bakal isterinya.

Reaksi pengantin lelaki itu telah membuatkan pengantin perempuan sangat gembira dan berpuas hati.

Perkahwinan itu bagaimanapun diteruskan dengan lancar tanpa sebarang masalah melibatkan pengiring pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Dalam pada itu, kisah tersebut dengan pantas mendapat perhatian netizen selepas ia dikongsikan di atas talian. Orang ramai telah meninggalkan komen yang pelbagai berkenaan perkongsian tersebut.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Pengantin perempuan sangat suka bergurau dan nasib baik pengantin lelaki mampu bertenang serta tidak menyebabkan perkara buruk berlaku,” tulis seorang netizen di atas talian.

“Pengantin perempuan sangat memahami dan tidak peduli dengan hubungan lama suaminya bersama kawan-kawannya itu,” tulis seorang lagi.

“Walaupun tiada apa yang berlaku, tetapi menjemput bekas teman wanita suami menjadi pengiring bukanlah satu idea yang baik,” tulis seorang lagi netizen yang tidak bersetuju dengan gurauan itu.

Sumber: The Thaiger

The post Pengantin Lelaki Terkedu, Dapati Semua “Ex Girlfriend” Jadi “Bridesmaid” Pengantin Perempuan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*