Pengantin Perempuan Meninggal Ketika Majlis Sebab Sakit Jantung, Diganti Adik

pengantin meninggal diganti adik

Pengantin Perempuan Meninggal Ketika Majlis Sebab Sakit Jantung, Diganti Adik

Seorang pengantin perempuan di Bhavnagar, Gujarat, India meninggal dunia akibat serangan jantung ketika majlis perkahwinannya yang diadakan di kawasan Subhashnagar.

Menurut laporan News18, kejadian malang itu berlaku di hadapan Kuil Bhagwaneshwar Mahadew di Bhavnagar.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Hetal itu bagaimanapun rebah ketika sedang melangsungkan majlis perkahwinannya bersama bakal pasangannya, Vishal.

Pada ketika itu, para tetamu telah memenuhi tempat tersebut dan lagu-lagu perkahwinan yang dimainkan terpaksa dihentikan.

Difahamkan, ketika majlis sedang berlangsung, Hetal dilaporkan berasa pening sebelum pengsan. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, apabila tiba di hospital, doktor mengesahkan bahawa dia telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Meskipun keluarganya berduka atas kematian Hetal, saudara-mara mencadangkan rancangan alternatif untuk memastikan majlis perkahwinan diteruskan.

Mereka mencadangkan adik perempuan pengantin perempuan berkenaan untuk mengantikannya dan berkahwin dengan pengantin lelaki.

Memetik News18, jasad Hetal dilaporkan disimpan di peti di bilik mayat hospital sehingga majlis perkahwinan adiknya itu selesai dilakukan.

Pengantin meninggal: keputusan diganti adik cetus kontroversi

Keputusan untuk menggantikan Hetal dengan adik perempuan telah mencetuskan kontroversi. Ramai yang mengkritik keluarga itu atas tindakan mereka, lapor Chennaiyin Adaiyalam.

Malah, ada juga yang mempersoalkan sama ada wajar atau tidak untuk meneruskan perkahwinan selepas kejadian itu.

Manakala yang lain pula mengecam keputusan keluarga berkenaan untuk menggantikan Hetal dengan adiknya sebagai tidak sensitif dan tidak menghormati.

Walau bagaimanapun, ada yang mempertahankan keputusan keluarga itu dengan alasan bahawa mereka cuba menyelamatkan apa yang sepatutnya.

Mereka berpendapat bahawa penggantian itu adalah penyelesaian praktikal yang membolehkan perkahwinan itu diteruskan.

Dalam masa sama, ia juga dipercayai mampu menghalang keluarga pengantin lelaki daripada mengalami sebarang kerugian.

Memetik Chennaiyin Adaiyalam, kejadian seperti ini bukan kali pertama berlaku.

Pada tahun 2021, seorang pengantin lelaki memutuskan untuk mengahwini adik perempuan bakal isterinya selepas wanita itu rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung semasa majlis perkahwinan.

Sumber: News18, Chennai Adaiyalam

The post Pengantin Perempuan Meninggal Ketika Majlis Sebab Sakit Jantung, Diganti Adik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*