Connect with us

Semasa

Pengasas Sugarbook dibebaskan, Mahkamah Tinggi menolak permohonan reman


SHAH ALAM – Pengasas aplikasi Sugarbook bebas selepas Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan reman terhadap suspek untuk membantu siasatan berkaitan mahasiswa di Lembah Klang yang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral itu untuk mencari ‘sugar daddy’.

Penolakan permohonan reman terhadap lelaki berusia 34 tahun itu dibuat oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat.

Lelaki itu diwakili oleh tiga peguam, Foong Cheng Leong, T. Shashi Devan dan Low Li Qun. Sebab penolakan itu difahamkan kerana lelaki itu bersedia bekerjasama dalam siasatan yang dilakukan oleh polis.


Shashi Devan ketika ditemui Kosmo! diberitahu hujahnya dalam prosiding adalah bahawa syarat reman tidak diperlukan kerana semua maklumat dapat diperoleh melalui aplikasi tersebut secara dalam talian.

“Selain itu, aplikasi itu juga telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan tidak memerlukan reman,” jelasnya.

Terdahulu, suspek yang memakai kemeja biru tiba di kompleks Mahkamah Shah Alam pada pukul 10.10 pagi dengan bergari dan dikawal oleh polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, penangkapan suspek dengan alamat di Pulau Pinang dilakukan pada pukul 4.30 petang semalam di pekarangan sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

“Setakat ini, sebanyak 74 laporan polis telah diterima di seluruh negara berkaitan dengan kes tersebut.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 505 (b), Seksyen 372 (1) (d) / 372 B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa Malaysia berada di kedudukan ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia untuk negara dengan jumlah ‘sugar daddy’ tertinggi melalui aplikasi Sugarbook.

Aplikasi itu menyatakan bahawa kebanyakan ‘sugar baby’ dari Malaysia terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi (IPT). -K! ONLINE

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags