Penggal Kepala Tuan, Unta Agresif Dibelasah Hingga Mati

Unta penggal kepala

Penggal Kepala Tuan, Unta Agresif Dibelasah Hingga Mati

Penduduk kampung dilaporkan telah membelasah seekor unta yang bertindak agresif hingga mati selepas haiwan tersebut memenggal kepala pemiliknya dalam kejadian di India.

Seorang penduduk bernama Sohanram Nayak berkata dia telah mencuba menangkap haiwan yang mengamuk itu selepas ia melepaskan diri daripada ikatan talinya.

Menurut Daily Mail, haiwan itu kemudiannya cuba mengejar seekor lagi unta lain dalam kejadian di kampung Panchu, Bikaner, negeri Rajasthan.

Unta itu dilaporkan menggigit leher pemiliknya lalu mencampakkannya ke tanah. Unta tersebut kemudiannya ‘memenggal’ kepala tuannya itu, menurut laporan The Times of India.

Video kejadian unta naik minyak itu lantas menjadi tular di media sosial.

Dapat dilihat menerusi video tersebut, sekurang-kurangnya enam orang bersenjatakan kayu telah mengikat unta tersebut di sebatang pokok.

BACA: Tular Video Anjing Dirakam Terdesak, Cari Anak Tertimbus Dalam Runtuhan 

Kredit Twitter
Kredit Twitter

Mereka kemudiannya memukul unta tersebut hingga mati dalam kejadian ganas itu

Unta tersebut dapat dilihat tersungkur di sisi pokok selepas serangan enam orang tersebut. Rakaman seterusnya menunjukkan mayat pemiliknya yang sudah tidak bernyawa.

Kredit Twitter

Menurut laporan berita tempatan, enam orang penduduk itu merupakan ahli keluarga kepada mangsa amukan unta tersebut.

Mayat Sohanram Nayak kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarganya selepas proses bedah siasat dilakukan. Tiada aduan dibuat setakat ini berhubung pembunuhan haiwan itu.

Negeri Rajasthan di utara India telah mengharamkan penyembelihan dan mencederakan unta sejak 2015 yang lalu.

Perbuatan itu telah digariskan dalam Rang Undang-undang Unta Rajasthan pada 2015. Mana-mana individu yang melakukan perbuatan itu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda.

Rang Undang-undang itu ditubuhkan selepas kerajaan mendapati bilangan unta di negeri itu sudah semakin berkurang sejak kebelakangan ini. Unta merupakan haiwan di ‘sebahagian daripada ekosistem padang pasir Negeri’.

Rang Undang-undang itu disusuli dengan pengenalpastian aktiviti pembunuhan secara sengaja terhadap unta di rantau itu.

Unta telah dijadikan sebagai Haiwan Negeri secara rasmi pada 2014. Pengiktirafan itu dibuat bagi menyokong tawaran yang luas termasuk Skim Pembangunan Unta 2016.

Unta matang boleh memberikan daya gigitan yang kuat dan boleh menyebabkan kecederaan yang teruk kepada tisu lembut dan saraf.

Penyelidikan serangan berulang kali di Rajasthan pada 2015 menyatakan bahawa unta biasanya tenang. Namun ia akan menjadi agresif semasa musim mengawan antara bulan Disember dan Mac.

Sumber: Daily Mail

The post Penggal Kepala Tuan, Unta Agresif Dibelasah Hingga Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*