Penghantar makanan lontar kata-kata lucah terhadap wanita

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan menerima kecaman orang ramai setelah videonya melontarkan kata-kata berbaur lucah terhadap seorang wanita tular sejak semalam.

Perkara itu dikongsi menerusi akaun Facebook teman lelaki wanita itu dikenali sebagai YiPin Cheah, yang berasa terkejut dengan kata-kata lucah yang jelas didengarinya sekali gus mengambil tindakan untuk bersemuka dengan lelaki tersebut.

“Penghantar makanan itu membuat komen berbaur lucah terhadap teman wanita saya ketika kami lalu dihadapannya. Apabila saya tegur dan berkata akan menelefon pihak polis, dia mula marah dan mencabar kami untuk memanggil polis.

“Kami sudah telefon pihak polis, tetapi tiada apa yang kami mampu lakukan kerana tiada kes yang boleh dilaporkan.

“Saya ingin tahu jika ini adalah sikap masyarakat kita, dimana penghantar makanan atau bungkusan barang setiap hari memang boleh menghina, mengganggu dan mengancam orang awam. Adakah anda semua berasa selamat?,” tulisnya di dalam kapsyennya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 5,300 tontonan, 193 tanda suka dan 90 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai mengecam tindakan penghantar makanan tersebut yang dianggap tidak bermoral serta menganggu keselamatan orang awam khususnya wanita.

“Tolonglah hormat wanita, bukannya cakap lucah macam itu. Dah berusia pun, tak reti nak hormat orang, buat malu sahaja. Kalau terkena dekat anak atau isteri, mesti abang marah juga kan,” komen seorang Daisy Amk.

“Perlu ada undang-undang yang lebih berat untuk gangguan seksual. Dah bagi komen lucah, boleh tenang macam itu je. Perlu ada tindakan tegas untuk orang yang macam ini,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

The post Penghantar makanan lontar kata-kata lucah terhadap wanita appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*