Penghidap cerebral palsy mahir menganyam

JOHOR BAHRU: Individu yang dilahirkan kekurangan sifat tidak semestinya tidak boleh berjaya seperti mereka yang cukup sifat dan akal fikiran.

Sekiranya diberi pendedahan dan pendidikan vokasional, sudah tentu mereka boleh berjaya seperti kebanyakan orang normal.

Bagi seorang pelatih dari Persatuan Cerebral Palsy Johor, Ahmad Amirul Mohamed, 29, kemahirannya membuat anyaman dari bekas pek makanan sangat mengagumkan.

Anak pertama dari dua beradik yang menghidap cerebral palsy atau gangguan pergerakan kekal sejak lahir itu mampu membuat anyaman beg dari bekas pek makanan dengan cantik dan kemas mengikut cita rasanya sendiri.

Penyelia Bengkel Vokasional, Halimah Mohd. Sohod berkata, bakat Amirul dikesan sejak anyaman bakul berkenaan diperkenal pada 2019.

“Dia sangat berminat dengan anyaman dan sering melihat para sukarelawan membuat anyaman beg. Dari situ dia belajar dan terus belajar sehingga mampu menghasilkan beg yang dianyam dengan menggunakan bekas pek makanan dengan baik sekali,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini semalam.

Halimah berkata, hanya Amirul seorang yang membuat beg tersebut dan telah banyak dijual pada harga RM40 hingga RM60 bergantung kepada saiz. – UTUSAN

The post Penghidap cerebral palsy mahir menganyam appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*