Connect with us

Santai

Pengirim Bernama Mr Hu Ini Jadi Tanda Tanya, “Kenapa Selalu Dia Yang Hantar?”

Published

on

Pengirim Bernama Mr Hu Ini Jadi Tanda Tanya, “Kenapa Selalu Dia Yang Hantar?” 9

Siapa Mr Hu..?

Menjadi trend kini apabila ramai yang memilih untuk membeli-belah dalam talian. Era teknologi hari ini tersedia pelbagai platform membeli-belah dalam talian tanpa batasan. Malah di Malaysia sendiri dua aplikasi ini, Lazada dan Shopee cukup terkenal bagi ‘kaki shopping’ online.

Ditambah pula bila ada tarikh yang istimewa seperti baru-baru ini 11.11, kedua-duanya membuat sales bagi menarik minat ramai pembeli. Sebut sahaja apa jenis barang, semua pun ada dalam kedua aplikasi ini.


Walaubagaimana pun, baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah mempopularkan Mr Hu, iaitu nama pengirim bagi aplikasi Shopee. Menurut pemilik akaun dengan nama @ellezamuri, ‘kaki shopping’ Shopee mesti kenal nama Mr Hu ini.

Dia turut berkongsikan satu foto yang memaparkan pengirim bernama Mr Hu di bungkusan penghantaran. Berikut adalah perkongsian penuh oleh individu ini:

Pengirim Bernama Mr Hu Ini Jadi Tanda Tanya, “Kenapa Selalu Dia Yang Hantar?” 10

Perkongsiannya itu telah meraih lebih 12,300 retweets dan 18,200 likes. Rata-rata warganet menjadikan pengirim bernama Mr Hu ini jadi bahan perbincangan. Malah ada juga yang baru perasan bungkusan yang diterima mereka juga tertera dengan nama yang sama. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Dekat ofis aku femes ya nama ni. Pastu announce ‘parcel from Mr.Hu oiii’”

Pengirim Bernama Mr Hu Ini Jadi Tanda Tanya, “Kenapa Selalu Dia Yang Hantar?” 11

“Mungkin Mr Hu ni incharge arrange warehouse ship to Malaysia, kalo negara lain orang lain yang incharge”

Pengirim Bernama Mr Hu Ini Jadi Tanda Tanya, “Kenapa Selalu Dia Yang Hantar?” 12

“Kenapa selalu dia yang hantar eh”

Pengirim Bernama Mr Hu Ini Jadi Tanda Tanya, “Kenapa Selalu Dia Yang Hantar?” 13

 

Sumber: himpunanceritalawak

Ada Telegram Klik Sini... https://bit.ly/2J496w6 

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Fanpage

Tags

Trending