Tiba-Tiba Pengsan, Wanita Dilapor Meninggal Dunia Dalam Pesawat

wanita meninggal dalam pesawat

Tiba-Tiba Pengsan, Wanita Dilapor Meninggal Dunia Dalam Pesawat

MANCHESTER — Seorang penumpang dilaporkan meninggal dunia sewaktu menaiki pesawat penerbangan Jet2 dari Tenerife ke Manchester pada Ahad lalu, lapor Daily Mail.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang wanita dipercayai jatuh sakit secara tiba-tiba sebelum dilaporkan pengsan. Wanita terbabit terpaksa menjalani bantuan pernafasan (CPR) di dalam pesawat berkenaan.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang saksi selepas kira-kira tiga jam pesawat berkenaan berlepas dari Tenerife. Susulan itu, pendaratan cemas terpaksa dilakukan di Lapangan Terbang Cornwall Newquay.

Menurut saksi yang memberitahu Manchester Evening News, dia melihat wanita itu dalam keadaan mencurigakan sebelum bergegas membantunya.

“Saya membawa wanita itu ke bilik air. Dia kelihatan seperti dalam keadaan tertekan dan resah. Krew kabin datang dan mereka terpaksa membaringkannya di hadapan pintu tempat duduk dengan ruangan kaki tambahan,” ujarnya.

“Dia pengsan dan mereka menggunakan defibrilator di atas kapal serta mula melakukan CPR. Kira-kira sejam kemudian, kami mendarat di Newquay.

Jelasnya lagi, petugas perubatan bersama ambulans dan pihak berkuasa juga telah menunggu di lapangan terbang sebaik sahaja Jet2 itu mendarat.

BACA: Genap 9 Tahun, Mengenang Tragedi Kehilangan Pesawat MH370

Dalam satu kenyataan Syarikat Penerbangan, Jet2 memaklumkan bahawa mangsa telah dibawa keluar menggunakan pengusung dan disahkan meninggal dunia sebelum mendarat.

“Penerbangan LS756 dari Tenerife ke Manchester terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Cornwall Newquay petang semalam. Ia disebabkan salah seorang penumpang memerlukan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, pihak kami mengesahkan bahawa penumpang tersebut telah meninggal dunia. Kami turut menzahirkan rasa duka,” kata seorang jurucakap.

Dalam pada itu, syarikat penerbanngan itu juga mengucapkan terima kasih kepada anak kapal dan penumpang lain yang menghulurkan bantuan sewaktu kejadian.

Selepas kejadian, pesawat tersebut kembali meneruskan perjalanan dan dilaporkan tiba di Manchester sekitar jam 10 malam waktu tempatan.

Bagaimanapun, punca kematian penumpang itu masih belum diketahui.

BACA JUGA: “Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

Sumber: Daily Mail

The post Tiba-Tiba Pengsan, Wanita Dilapor Meninggal Dunia Dalam Pesawat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*