Connect with us

Semasa

Peniaga air tebu rogol anak dan rakan anaknya berdepan hukuman penjara 1,830 tahun

Peniaga tebu yang diadili di Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas 55 tuduhan sumbang mahram terhadap anak kandungnya dan sembilan tuduhan merogol rakan anaknya yang berusia 14 tahun sejak April 2019.

Bapa kepada tujuh anak, termasuk dua anak tiri, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datin M Kunsundary.

Tertuduh sempat mencelah, “Boleh saya tanya, kenapa pertuduhan saya terlalu banyak?”.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga 55, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan anaknya di rumahnya di Klang pada April 2019 hingga Januari 2019, di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.


Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat jika didapati bersalah.

Bagi sembilan pertuduhan lain, tertuduh didakwa merogol rakan anaknya dari Ogos 2020 hingga Januari 2021 di lokasi yang sama. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan menghadapi hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan sekiranya didapati bersalah.

Berdasarkan semua pertuduhan, tertuduh bakal dikenakan hukuman penjara sehingga 1.830 tahun jika disabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistina Qmarul Abrar, sementara tertuduh diwakili peguam Khairul Naim Rafidi.

Hakim kemudian menetapkan tiada jaminan bagi tertuduh dan 24 Mac 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


Peniaga air tebu rogol anak kandung & rakan anaknya – ‘Anu dia patut masuk dalam mesin tebu!’


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags