Connect with us

Semasa

Peniaga air tebu rogol anak kandung & rakan anaknya – ‘Anu dia patut masuk dalam mesin tebu!’

Seorang lelaki berusia 42 tahun akan diadili di Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas 67 tuduhan merogol anak perempuan dan rakannya anaknya yang berusia 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, peniaga air tebu itu akan menghadapi 58 tuduhan merogol anaknya dan sembilan tuduhan merogol rakannya anaknya.

Difahamkan, suspek merogol anak perempuannya semenjak mangsa berusia 10 tahun. Mangsa kedua pula diperkosa dari Ogos 2020 hingga Januari 2021, sebelum suspek ditangkap pada 10 Februari 2021, setelah mangsa membuat laporan polis pada 7 Januari 2021.


Dalam kes jenayah yang melibatkan rakan anak perempuanya, kejadian berlaku pada 7 Januari jam 3 petang ketika suspek mengajak rakan anaknya, yang juga pekerjanya, pulang ke rumahnya.

Selepas itu, suspek mendorong pemohon ke katil dan bertindak memperkosa mangsa dan mengarahkan untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu. Namun, mangsa memberitahu ibunya dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan polis.

Tidak ada sesiapa yang berada di rumah semasa kejadian itu, dan anaknya kandungnya diugut akan dipukul jika dia memberitahu ibunya mengenai kejadian itu.

Menyedari bahawa mangsa kedua telah membuat laporan polis, mangsa pertama pergi ke balai polis bersama ibunya untuk melakukan tindakan serupa.

“Kertas siasatan sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan untuk tuduh terhadap suspek mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

Untuk kesalahan Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah. Untuk kesalahan Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan juga sebatan jika didapati bersalah.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah,” katanya.


Sumber: Harian Metro, Utusan Online


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags