Peniaga lakukan ugutan jenayah direman empat hari

DUNGUN : Seorang peniaga ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan jenayah terhadap pegawai polis, dua bulan lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 53 tahun tersebut dikeluarkan Majistret Noradila Ab. Latif bagi membolehkan siasatan terhadap suspek dilakukan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, suspek ditahan di Bangi, Selangor kira-kira pukul 12 malam tadi.

“Kesalahan tersebut dilakukan suspek yang merupakan penduduk tempatan itu kira-kira dua bulan lalu.

“Selepas sebulan usaha menjejaki suspek dilakukan, akhirnya kita berjaya melakukan penahanan,” katanya.

Baharudin berkata, sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

 

The post Peniaga lakukan ugutan jenayah direman empat hari appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*