Peniaga tunjuk pistol, pegang gari direman

peniaga lemas

peniaga lemas

PETALING JAYA: Tindakan seorang peniaga memegang pistol dalam keadaan tangan bergari sehingga videonya tular sejak kelmarin mengundang padah apabila lelaki berkenaan direman selama empat hari.

Reman berkenaan diperoleh selepas suspek, merupakan lelaki warga tempatan, diberkas pihak polis yang menerima laporan berkaitan video tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, susulan penularan itu, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

“Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penahanan suspek berusia 46 tahun itu di sekitar Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, polis turut merampas beberapa peralatan dipercayai berkaitan video itu.

“Polis telah merampas sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan berjenama.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan seterusnya akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” jelasnya.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang yang diperuntukkan,” katanya.

Terdahulu, tular video di laman sosial memaparkan seorang individu memegang pistol dalam keadaan tangan bergari. – UTUSAN

The post Peniaga tunjuk pistol, pegang gari direman appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*