Penonton maut dirempuh kereta terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato’ Sagor

PASIR SALAK: Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah di sini petang tadi.

Rakaman kejadian itu tular dalam media sosial dengan memaparkan dua buah kereta yang sedang berlumba bergesel hingga menyebabkan salah sebuah kereta berkenaan terbabas ke tepi litar.

Kejadian itu menyebabkan beberapa individu yang berada di tepi litar segera lari menyelamatkan diri namun mangsa parah akibat rempuhan berkenaan.

Setakat ini identiti mangsa belum diperoleh dan difahamkan mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang dan disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN

The post Penonton maut dirempuh kereta terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato’ Sagor appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*