Penumpang Mabuk Nekad Kencing Pada Warga Emas Ketika Dalam “Flight”

Kencing Pada Warga Emas

Penumpang Mabuk Nekad Kencing Pada Warga Emas Ketika Dalam “Flight”

Seorang penumpang mabuk nekad membuang air kecil pada seorang wanita ketika menaiki penerbangan Air India dari New York ke New Delhi, lapor Wion News.

Semasa kejadian itu berlaku, wanita yang berusia dalam lingkungan 70-an itu telah memaklumkan kepada kru kabin, tetapi mereka gagal untuk menghentikan lelaki tersebut.

Wanita tersebut kemudian mendakwa bahawa kru kabin tidak proaktif dalam menguruskan situasi yang sangat sensitif dan traumatik.

Ekoran daripada itu, Air India telah mengenakan larangan selama sebulan ke atas penumpang lelaki itu dan juga membuat laporan polis kerana membuang air kecil pada wanita tersebut dalam keadaan mabuk.

Memetik Wion News, insiden berkenaan berlaku pada 26 November 2022 dan beberapa tindakan telah diambil terhadap lelaki itu kerana wanita tersebut telah menghantar surat kepada pemilik Air India iaitu pengerusi Tata Group, N Chandrasekaran.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Dalam surat tersebut, wanita itu berkata selepas makan tengah hari dihidangkan dan lampu dipadamkan, seorang penumpang lain datang ke tempat duduknya, dalam keadaan mabuk.

“Dia membuka zip seluarnya dan membuang air kecil ke arah saya sambil mendedahkan alat sulitnya. Pakaian, kasut dan beg saya habis terkena air kencing,” kata wanita tersebut.

Wanita itu juga mendakwa bahawa selepas kejadian itu, lelaki berkenaan dibenarkan keluar dengan bebas sebaik sahaja kapal mendarat di New Delhi.

Menurut syarikat penerbangan Air India, sebuah jawatankuasa dalaman telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden itu.

“Perkara itu di bawah jawatankuasa kerajaan dan masih menunggu keputusannya,” kata seorang pegawai.

Sementara itu, Jabatan Penerbangan Awam (DGCA) juga telah mendapatkan laporan mengenai kejadian tersebut daripada syarikat penerbangan Air India.

“Kami sedang mendapatkan laporan daripada Air India dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati cuai,” kata DGCA pada Rabu lepas.

Syarikat penerbangan itu juga telah membentuk jawatankuasa dalaman dalam insiden ini dan menyarankan supaya lelaki terbabit diletakkan di dalam senarai larangan.

Sumber: Wion News

The post Penumpang Mabuk Nekad Kencing Pada Warga Emas Ketika Dalam “Flight” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*