Penyanyi Cilik, Farel Prayoga Pergi Sekolah Naik Jet Peribadi

Farel Prayoga

Penyanyi cilik Indonesia, Farel Prayoga menyifatkan bahawa pengalamannya menaiki jet peribadi ke sekolah pada 30 Ogos tahun lalu dari Kabupaten Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

Difahamkan, Farel ketika itu baru sahaja selesai membuat persembahan dan terus pergi ke sekolah dalam penerbangan dari Kalimantan Selatan.

Sebelum itu Farel dikatakan telah menolak untuk membuat persembahan di sana (Kalimantan Selatan) dengan alasan dia perlu pergi ke sekolah ekoran teringat pesanan daripada Presiden Jokowi.

Rakan kongsi Aneka Safari, David Harahap berkata “Pernah ditolak oleh Farel kerana ingin pergi ke sekolah. Jadi, kami lanjutkan kepada (pihak bertanggungjawab) sekiranya ada tawaran yang lebih baik kerana Farel berkeras mahu pergi ke sekolah,”

Disebabkan itu, Andi Syamsuddin Arsyad atau Haji Isam merupakan usahawan Kalimantan yang menawarkan ‘kerja’ tersebut kepada Farel mengambil langkah mudah dengan menyetujui permintaan Farel.

Namun, perkara tidak disangka-sangka bahawa dia bertindak menawarkan pesawat peribadinya untuk kegunaan Farel supaya dia boleh membuat persembahan sekali gus pergi ke sekolah pada keesokan harinya.

“Kami sampaikan bahawa Farel mahu membuat persembahan asalkan keesokan harinya dia boleh menghadiri sesi persekolahan. Justeru, kami ditawarkan untuk menggunakan jet peribadinya dan jelas, Farel menyetujuinya,” kata David.

Farel Prayoga
Kredit: Zidni Iman Nafia via Detik Jateng

Imbas kembali, Farel berangkat dari Bandar Banyuwangi menggunakan jet peribadi milik Haji Isam dan terus menuju ke sekolahnya di SDN Kepundungan, Srono sejurus selepas mendarat di Bandar Blimbingsari.

“Kami sampat di Batulicin, Kabupaten Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan kira-kira pukul 19:00 WITA,” kata David.

Selesai sahaja Farel membuat persembahan, rombongan tersebut bergegas ‘terbang’ balik ke Banyuwangi. Malah, kira-kira pukul 3:00 pagi Farel sudah bersiap dengan mengenakan seragam putih merah lengkap tali leher dan topi.

Difahamkan perjalanan ke Bandar Banyuwangi mengambil masa selama satu jam setengah sahaja. Jadi, jet tersebut melakukan pendaratan sekitar pukul 6.00 WIB dan terus dihantar ke sekolah.

“Alhamdulillah sampai sekolah tepat pukul 6:30 WIB dan terus masuk kelas,” jelas David.

Sumber: Detik Jateng

 

The post Penyanyi Cilik, Farel Prayoga Pergi Sekolah Naik Jet Peribadi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*