Penyanyi Lagenda Tina Turner Meninggal Dunia Di Usia 83 Tahun

Tina Turner meninggal dunia

Penyanyi Lagenda Tina Turner Meninggal Dunia Di Usia 83 Tahun

Legenda rock era 60-an, Tina Turner dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 83 tahun, lapor BBC.

Turner dipercayai telah mengalami beberapa masalah kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk kanser, strok dan kegagalan buah pinggang.

Dia menjadi terkenal bersama suaminya Ike pada tahun 1960-an dengan lagu-lagu hits seperti Proud Mary dan River Deep serta Mountain High.

Disebabkan suaminya kaki pukul, Turner kemudiannya bercerai dengan Ike pada tahun 1978.

Beliau terus mencipta nama dan mendapat kejayaan yang lebih besar sebagai artis solo pada tahun 1980-an.

Digelar Ratu Rock ‘n’ Roll, Tina Turner terkenal dengan persembahan pentasnya yang rancak dan bertenaga serta vokal yang serak dan kuat.

Kematian penyanyi lagenda itu diumumkan di laman Instagram rasmi miliknya.

“Dengan muziknya dan semangatnya untuk terus hidup. Dia berjaya memikat berjuta-juta peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang masa hadapan,” kata hantaran itu.

“Hari ini kami ingin mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang dikasihi dengan karya terbaiknya iaitu muziknya,” tulis hantaran itu lagi.

Turner telah memenangi lapan Anugerah Grammy dan telah dilantik sebagai ahli dalam Dewan Kemasyhuran Rock ‘n’ Roll pada 2021 sebagai artis solo.

Pertama kali dia dilantik pada tahun 1991 yang lalu bersama bekas suaminya Ike Turner.

Selepas induksi solonya, Dewan Kemasyhuran menyatakan bahawa beliau berjaya memperluas idea yang terhad bagi seorang wanita kulit hitam dalam dunia seni.

Beliau juga menjadi inspirasi kepada wanita kulit hitam untuk menakluki pentas dan menjadi penyanyi yang hebat.

Bintang muda yang pernah merasai pengaruh dan kehebatannya ialah Beyonce, Janet Jackson, Janelle Monai dan Rihanna.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, pelakon Ray Stevenson, yang muncul dalam rancangan TV utama seperti Rom, Viking dan Dexter, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 58 tahun.

Mendiang terkenal dengan peranan dalam filem Thor dan siri Divergent. Serta beberapa rancangan TV UK seperti Band of Gold, Peak Practice dan Musphy’s Law.

Syarikat publisitinya yang berpangkalan di Amerika, Viewpoint mengesahkan kematiannya kepada BBC tetapi tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

Setakat ini, punca kematian masih tidak didedahkan, namun beliau dilaporkan telah dimasukkan ke hospital semasa penggambaran di pulau Ischia, Itali.

Sumber: BBC

The post Penyanyi Lagenda Tina Turner Meninggal Dunia Di Usia 83 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*