Penyanyi Rap The Fugees Disabit Bersalah, Berkomplot Dengan Jho Low

the fugees jho low

Penyanyi Rap The Fugees Disabit Bersalah, Berkomplot Dengan Jho Low

Penyanyi rap, Prakazrel ‘Pras’ Michel dari kumpulan hip hop The Fugees disabitkan kesalahan atas tuduhan jenayah berkomplot dengan ahli perniagaan Malaysia Jho Low oleh juri Mahkamah Persekutuan Washington pada Rabu.

Lapor Channel News Asia, jenayah yang dilakukan oleh pemenang Anugerah Grammy itu termasuk mengatur beberapa siri kempen melobi asing yang bertujuan untuk mempengaruhi kerajaan Amerika Syarikat (AS) di bawah dua Presiden, Barack Obama dan Donald Trump.

Semasa perbicaraan, Michel mengalami pemeriksaan balas yang teruk oleh pendakwa raya ketika dia memberi keterangan dalam pembelaan.

Difahamkan juga, Michel didakwa atas 10 pertuduhan jenayah termasuk konspirasi, bertindak sebagai ejen kerajaan asing, mengganggu saksi dan memalsukan rekod kewangan kempen.

BACA: 1MDB: Leonardo DiCaprio Dan Kim Kardashian Disiasat FBI

Permulaan bersubahat

Sebelum ini, The Fugees dilapor memenangi dua Anugerah Grammy untuk album terlaris mereka pada 1996 The Score.

Menurut pendakwa raya, menjelang 2012 Michel sangat memerlukan wang tunai dan menemui penyelesaian melalui Low.

Memetik laporan, Low sangat terkenal mengadakan pesta dan membayar sejumlah besar wang kepada selebriti.

Pendakwa raya berkata Michel bersetuju untuk menyalurkan sekitar RM8 juta daripada Low ke dalam kempen pemilihan semula Obama pada 2012 sebagai pertukaran untuk menerima berjuta-juta dolar.

Oleh kerana undang-undang pilihan raya persekutuan melarang orang asing daripada menderma kepada kempen AS, pendakwa raya memberitahu Michel menyembunyikan sumber dana itu.

Michel juga dituduh berusaha untuk menyakinkan Jabatan Kehakiman semasa Trump memimpin kerajaan itu untuk menggugurkan siasatan sivil dan jenayah terhadap Low berhubung skandal 1MDB.

Dalam masa yang sama, Low cuba melobi kerajaan AS bagi pihak China untuk menghantar semula bilionair dan pembangkang China, Guo Wengui ke China.

Michel berkata RM20 juta yang dibayar Low kepadanya selama sembilan bulan pada 2012 adalah untuk membantu Low mendapatkan gambar bersama Obama.

Dia turut mengakui bahawa sebahagian daripada wang itu digunakan untuk membayar tiga rakannya untuk menghadiri dua kutipan derma politik untuk kempen Obama 2012 tetapi menafikan berbuat demikian atas arahan Low.

“Sebaik sahaja dia memberi saya wang itu, saya membelanjakannya mengikut kemahuan kerana ia adalah wang saya,” kata Michel kepada juri sambil menyifatkan pembayaran itu sebagai wang percuma.

Kecewa dengan keputusan mahkamah

Peguam Michel, David Kenner memaklumkan bahawa dia amat kecewa dengan keputusan mahkamah dan berharap pertuduhan itu boleh ditolak oleh hakim.

Hakim Daerah AS Colleen Kollar-Kotelly menetapkan tarikh akhir untuk kedua-dua pihak memfailkan taklimat mengenai beberapa usul selepas perbicaraan.

Ia juga termasuk permintaan untuk penghakiman pembebasan yang berlanjutan hingga Julai.

“Saya berpendirian tetap dan yakin bahawa kes ini belum selesai dan kita akan menang,” kata peguam tersebut.

Sabitannya itu adalah susulan daripada perbicaraan yang dipenuhi dengan tipu daya politik dan menampilkan saksi berprofil tinggi termasuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio dan bekas Peguam Negara AS Jeff Sessions.

Low yang juga menghadapi pertuduhan berasingan persekutuan di New York didakwa menggelapkan kira-kira RM20 bilion daripada dana kekayaan negara 1MDB Malaysia.

Sumber: Channel New Asia

The post Penyanyi Rap The Fugees Disabit Bersalah, Berkomplot Dengan Jho Low appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*