Penyanyi Terkenal India, Shreya Ghoshal Nyanyi Lagu ‘Cindai’, Serupa Habis

Shreya Ghoshal Nyanyi Lagu Cindai

Penyanyi Terkenal India, Shreya Ghoshal Nyanyi Lagu ‘Cindai’, Serupa Habis

Umum ketahui, bukan semua orang dilahirkan mempunyai bakat untuk menjadi penghibur, memilki suara yang merdu atau sedap telinga mendengarnya.

Justeru, ketidaksempuarnaan itu akan menjadikan kita ‘diperlukan’ antara satu sama lain misalnya, seseorang yang mempunyai bakat dalam nyanyian diperlukan untuk menghiburkan dunia orang yang meminat muzik tetapi kurang mahir untuk bernyanyi.

Sebut sahaja dunia hiburan pasti anda ada penyanyi kegemaran masing-masing, tidak kisahlah di dalam mahupun luar negara. Malah, ada golongan yang menjadikan penyanyi tersebut sebagai inspirasi mereka.

Bercakap mengenai penyanyi tempatan, siapa tidak kenal penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza? Miliki suara merdu, dari dulu sehingga sekarang suaranya tetap kekal begitu, memang tidak tolok bandingnya.

Dalam konsert AR Rahman Secret of Success Live In Malaysia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini, penampilan istimewa susuk tubuh ini telah mencuri tumpuan hampir 60,000 penonton yang hadir pada malam itu.

Shreya Ghoshal Nyanyi Lagu Cindai
Kredit: Sinar Harian

Sekali lagi, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat perhatian umum dengan menyanyikan lagu berbahasa Tamil yang berjudul Munbe Vaa yang dipopularkan oleh penyanyi kelahiran India, Shreya Ghoshal dengan dendangan bersama vokalis India, Haricharan Seshadri.

Bukan hanya itu, lebih mengejutkan lagi baru-baru ini, di laman ‘story’ Instagram milik @shreyaghoshal, dia turut menyanyikan lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza bertajuk ‘Cindai‘ yang dipopularkan pada tahun 1997.

Video yang dikongsikan oleh Shreya itu telah tular di laman Tiktok oleh @yourfavhennaartist sehingga mencapai 475,000 jumlah tontonan, 36,000 tanda suka dan 1,393 komen yang ditinggalkan (setakat artikel ditulis).

Dapat didengari, nyanyian tersebut dialunkan dengan cukup merdu dengan sebutan Bahasa Melayu yang dapat didengari dengan jelas. Maka, tidak hairanlah perkongsian daripada Shreya itu telah berjaya mencuri hati peminat muzik tanah air.

Sebelum ini, Shreya juga dikatakan telah menyanyikan lagu yang sama, ‘Cindai’ di konsert pertamanya di Kuala Lumpur yang berlangsung pada tahun 2020.

Shreya Ghoshal Nyanyi Lagu Cindai
Kredit: Gulf News

Berikut merupakan video penuh untuk tontonan anda semua:

@yourfavhennaartist

@Siti Nurhaliza Ctdk @Shreya Ghoshal #shreyaghoshal #sitinurhaliza #malaysia #cindai #shreyagoshalsongs #sitinurhalizafans #arrahman #fyp #fyptiktok #fyptiktokmalaysia #fyptiktokindia #fypindia #india #mumbai

♬ original sound – razinah88 – razinah88

 

Sumber: @yourfavennaartist | Tiktok

The post Penyanyi Terkenal India, Shreya Ghoshal Nyanyi Lagu ‘Cindai’, Serupa Habis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*