“Perbincangan Masih Berjalan,” Penganjur Konsert Coldplay Beri Bayangan Tambah Sehari Lagi

Konsert Coldplay tambah sehari

“Perbincangan Masih Berjalan,” Penganjur Konsert Coldplay Beri Bayangan Tambah Sehari Lagi

Peminat setia Coldplay yang tidak dapat membeli tiket konsert pada sebelum ini berkemungkinan akan menerima berita gembira yang ditunggu-tunggu.

Ianya kerana, penganjur konsert Coldplay iaitu Live Nation Malaysia tidak menolak kemungkinan bahawa mereka mungkin akan menambah satu hari lagi konsert kumpulan muzik terkenal tersebut pada Novemver depan, lapor Astro Awani.

Menurut Live Nation Malaysia, konsert jelajah Coldplay: Music Of The Spheres mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada peminat.

Bagaimanapun, Pengarah Urusannya, Para Rajagopal berkata untuk menunaikan impian itu terdapat banyak aspek perlu diambil kira oleh mereka.

“Segalanya ada kemungkinan. Perbincangan masih berjalan mengenai banyak perkara. Kami tak boleh cakap apa-apa lagi,” kata Para Rajagopal. 

Petisyen penambahan sehari lagi konsert telah dibuat oleh peminat

Beliau berkata sedemikian selepas sebuah petisyen dalam talian yang dibuat oleh orang ramai meminta untuk konsert tersebut ditambah sehari lagi.

Petisyen itu diusulkan selepas kumpulan terbabit mengumumkan bakal mengadakan konsert hari kedua mereka di Koahsiuang, Taiwan.

Sementara itu, Para juga sempat memberitahu peminat agar sentiasa melihat kemas kini dan pengumuman terbaharu di saluran-saluran serta media sosial penganjur.

Menurut Para, lebih 700,000 peminat menyerbu laman web untuk membeli tiket pada 17 Mei lalu yang kemudiannya habis terjual hanya dalam tempoh tiga jam.

“Sangat berbeza dengan pembelian tiket penerbangan atau tempahan hotel. Tekanan menimpa keseluruhan infrastruktur digital cukup berlainan.

“Secara total, saya rasa kami tiada kawalan terhadap siapa berjaya dapat tiket dan pada jam berapa. Kami buka kepada sesiapa saja untuk masuk dalam sistem, tapi semestinya ada had tiket dijual,” kata beliau lagi.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, sebuah video yang memaparkan pengantin lelaki menghadiahkan pasangannya sekeping tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin telah tular di media sosial Indonesia.

Video tular tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama @orangdalamkamu di Twitter miliknya. Pengguna itu juga mendedahkan bahawa pasangan pengantin itu merupakan saudaranya.

Majlis pernikahan kedua pasangan yang tular itu akhirnya menjadi bualan hangat pengguna media sosial di Indonesia kerana keunikan tersebut.

Menerusi perkongsian muat naik itu, kedua pasangan dilihat kemas dan cantik memakai pakaian tradisional berwarna putih semasa majlis yang penuh adat tersebut.

Sumber: Astro Awani

The post “Perbincangan Masih Berjalan,” Penganjur Konsert Coldplay Beri Bayangan Tambah Sehari Lagi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*