Percaya Cahaya Matahari Sumber Makanan, Polis Tahan Pasangan “Influencer” Sebabkan Anak Mati Kebuluran

pasangan influencer anak mati kebuluran

Percaya Cahaya Matahari Sumber Makanan, Polis Tahan Pasangan “Influencer” Sebabkan Anak Mati Kebuluran

Pasangan ‘influencer’ kesihatan dilaporkan telah ditahan atas pertuduhan mengabaikan anak mereka sehingga mati kebuluran.

Memetik The Sun, pasangan tersebut memegang satu kepercayaan yang aneh iaitu mereka mempercayai ‘cahaya matahari adalah satu sumber makanan’.

Disebabkan kepercayaan yang tidak berasas itu, mereka ditahan atas dakwaan membiarkan bayi mereka kelaparan dalam jangka masa panjang.

Si ibu (33) berada di bawah siasatan atas dakwaan membiarkan anaknya sehingga mati disebabkan kecuaiannya. Manakala, suaminya (43) yang merupakan seorang penulis blog ditahan berasingan kerana tidak memberi kerjasama kepada pihak polis.

Pasangan aneh ini dilaporkan telah menjadi sebahagian daripada golongan yang ‘memakan cahaya matahari’.

Bukan itu sahaja, penulis blog tersebut turut dikenali sebagai orang yang gemar memakan makanan mentah secara radikal, lapor Zvezda News.

“Pada awal laporan, punca kematian bayi tersebut disebabkan keletihan yang melampau… namun penulis blog berkenaan masih mengekang sumber nutrisi kanak-kanak terbabit,” lapor sumber berita berkenaan.

Bayi lelaki yang hanya berusia sekitar satu bulan itu dilaporkan telah dikejarkan ke hospital berdekatan Sochi selepas disyaki mengalami pneumonia.

Mangsa turut kelihatan sangat kurus dipercayai mengalami kebuluran. Tidak lama kemudian, bayi tersebut disahkan meninggal dunia disebabkan kebuluran dalam masa terlalu lama.

Jawatakuasa Penyiasatan Rusia telah mejalankan siasatan ke atas kematian bayi berkenaan berserta satu kes jenayah berkaitan dengannya.

Setakat ini, suspek telah diarahkan pihak hakim untuk menjalani tahanan di rumah selama dua bulan.

Dalam pada itu, bayi tersebut dipercayai telah dilahirkan di dalam sebuah rumah berdekatan bandar resort Sochi dan tidak pernah dirujuk oleh mana-mana doktor.

Kedua-dua pempengaruh kesihatan tersebut dikenali sebagai pengasas sebuah kelab yang diberi nama sebagai ‘The Living Man‘. Kelab tersebut bertujuan untuk membantu orang ramai mejadi lebih sihat dan mengatasi masalah peribadi mereka.

Lelaki berkenaan kerap menyeru orang ramai secara atas talian mengenai cara untuk membersihkan bahagian dalaman manusia.

Dia turut menyeru orang ramai untuk mengamalkan amalan pemakanan prana yang tidak masuk akal. Antara intipatinya seperti memakan cahaya matahari dan mengelakkan makanan atau minuman buat jangka masa yang lama.

Agensi media tempatan, Caution News memaklumkan bahawa pasangan tersebut cuba untuk ‘membuatkan bayi mereka beralih kepada amalan pemakanan prana dan seterusnya didakwa menjadi punca kematian bayi malang tersebut.

BACA: ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Vladimir Putin

Sumber: The Sun UK

The post Percaya Cahaya Matahari Sumber Makanan, Polis Tahan Pasangan “Influencer” Sebabkan Anak Mati Kebuluran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*