Connect with us

Global

Pergi Hospital Nak Rawat Kaki Terseliuh, Wanita Terkejut Doktor Beritahu Dia Sebenarnya Lelaki

Di Zhejiang, China, seorang wanita terkejut ketika mengetahui bahawa jantina sebenarnya adalah lelaki. Setelah wanita itu diperiksa, perkara itu disahkan oleh Hospital Universiti Zhejiang.

Selepas 25 tahun..

Menurut South China Morning Post, wanita itu dipercayai pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana pergelangan kaki terseliuh. Hasi dari pemeriksaan lebih lanjut mendapati bahawa wanita bernama Pingping itu tidak mempunyai rahim.


Lebih menyedihkan, dia hanya mempunyai satu alat kelamin wanita “belum matang” dan kromosom Y lelaki. Doktor juga gagal menemui testis yang tersembunyi di tubuhnya. Ini mungkin disebabkan oleh testisnya ‘menyusut’.

Berbagai pemeriksaan menyeluruh dilakukan, doktor kemudian mengesahkan bahawa Pingping mengidap penyakit kongenital.

Perkahwinan dengan saudara mara..

Jelas doktor, penyakit itu mungkin disebabkan oleh perkahwinan orang tuanya dengan saudara-mara. Pingping, yang telah berkahwin sejak setahun yang lalu, juga menyedari bahawa dia tidak boleh hamil.

Kerana terlalu tertekan, wanita itu meminta nasihat doktor dan pakar psikologi untuk menentukan arah tuju kehidupanya.


Sumber: South China Morning Post

 


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags