Permainan Tornado berhenti menyenget, pengunjung tergantung 5 minit

JAKARTA: Pengunjung di sebuah taman tema di Dunia Fantasi (Dufan) di Ancol berdepan detik cemas selepas permainan yang mereka naiki tiba-tiba berhenti dalam posisi menyenget.

Permainan yang diberi nama Tornado itu dipenuhi pengunjung ketika kejadian tersebut berlaku, menyebabkan mereka menjerit ketakutan kerana bimbang ia akan jatuh terhempas.

Insiden itu disahkan oleh jurucakap polis Ancol, Hariyadi Eko Nugroho yang memaklumkan ia berlaku sehari sebelum Krismas iaitu pada 24 Disember lalu.

Katanya, keadaan ketika itu yang hujan renyai-renyai dipercayai menjadi punca sistem permainan tersebut tergendala sehingga menyebabkannya berhenti secara tiba-tiba.

“Alat pengesan pada permainan tersebut dikatakan tidak berfungsi akibat hujan renyai-renyai menyebabkan sistem keselamatan diaktifkan dengan menghentikan operasinya.

“Pengunjung yang berada di atas permainan tersebut menjerit ketakutan, malah ada yang menangis kerana mereka bimbang jika ia terhempas.

“Polis dimaklumkan pengunjung berada dalam posisi menyenget selama lima minit sebelum permainan itu kembali beroperasi seperti biasa,” katanya seperti yang dilaporkan Detik News.

Selepas permainan itu dipulihkan, kesemua pengunjung dibawa turun dan selepas menjalani pemeriksaan menyeluruh selama satu jam, permainan itu dibenarkan beroperasi semula.

Video mengenai insiden itu tular dalam media sosial dan mendapat perhatian pelbagai pihak.

The post Permainan Tornado berhenti menyenget, pengunjung tergantung 5 minit appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*