Connect with us

Global

Pernah Bisu Selama Dua Bulan, Wanita Ini Kembali Dengan ‘Suaranya’ Dan Bercakap 4 Pelat Berbeza

Published

on

Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan bisu selama dua bulan setelah mengalami kecederaan otak misteri kini telah mendapat kembali suaranya. Apa yang mengejutkan, wanita berusia 31 tahun itu kini mampu bercakap dalam empat pelat yang berbeza.

Doktor yang merawatnya turut kehairanan kerana ujian yang dilakukan masih belum dapat menjelaskan kenapa dia kehilangan kemampuan untuk bercakap. Tambahan pula, kini dia mula bercakap dalam bahasa Inggeris yang teruk, bahasa Poland, terkadang dia berutur dalam bahasa Perancis dan Itali.

Namun, ketika dia tertekan, dia boleh berubah menjadi orang Rusia sehingga dia tidak mampu bercakap kerana terlalu letih. Akhirnya, dia didiagnosis dengan ‘foreign accent syndrome’ menyebabkan gangguan pertuturan yang jarang berlaku disebabkan oleh kerosakkan otak.

Awalnya, doktor hanya mengesyaki bahawa dia hanya mengalami strok sehingga mengganggu pertuturannya kerana dia mengalami tanda-tanda yang lebih kepada tanda-tanda penyakit strok.

Wanita ini mengatakan “Ini mengubah hidup saya sepenuhnya. Pengalaman ini sangat memenatkan walaupun ia luar biasa. Saya tidak bercakap atau berfikir seperti sebelumnya. Saya juga tidak dapat membina ayat seperti dahulu. Cara menulis saya juga berubah. Mana tidaknya, bahasa Inggeris saya sangat teruk walaupun saya tinggal di UK sepanjang hidup saya”.

Sejak didiagnosis, wanita itu telah menjalani terapi vokal peribadi seminggu sekali. Tetapi, tidak ada petunjuk jika dia akan kembali kepada normal.

 

Sumber: www.ladbible.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisement

Tags

Archives

Trending