Pernah Viral Kata KFC Malaysia Paling Sedap, Sekali Lelaki Ni Datang Balik Malaysia Bongkarkan Rahsia KFC

kfc malaysia paling sedap

Sebelum ini tular tentang seorang lelaki Mat Saleh dari Eropah yang memuji bahawa menu ayam KFC di Malaysia adalah yang paling sedap pernah dia rasa. Apa yang menariknya, lelaki tersebut yang bernama Kamlesh Mistry pernah mengunjungi lebih 50 negara untuk merasai kenikmatan KFC. Difahamkan dia mula menjadi seorang peminat tegar KFC sejak seawal usia 12 tahun lagi!

Walau bagaimanapun pada bulan lalu, Kamlesh dikatakan ‘kembali’ semula ke Malaysia kerana ada satu misi penting perlu diselesaikan. Misi apa tu ya? Antara misinya adalah untuk membongkarkan rahsia KFC Malaysia bagi setiap seketul ayam yang dihidangkan.

Gambar: KFC Malaysia

Misi penting Kamlesh #1: Jumpa Big Boss 

Kalau korang biasa tonton filem aksi, biasanya mana-mana misi yang dijalankan, mesti mereka kena cari orang paling utama yang berkait dengan misi itu. Sama juga macam Kamlesh, dalam misi kali ini, dia berjumpa dengan ketua pegawai pemasaran (CMO) KFC Malaysia untuk mendapatkan penjelasan tentang rahsia KFC.

Gambar: KFC Malaysia

Oleh itu, CMO KFC Malaysia, Chan May Ling selaku ‘big boss’ akhirnya ‘buka mulut’ mendedahkan apa sebenarnya rahsia yang ada di sebalik seketul hidangan ayam KFC kepada Kamlesh dalam satu pertemuan di KFC Bukit Raja, Klang baru-baru ini.

Kata Chan May Ling;

“Malaysia ni satu negara yang kami cukup bangga dengan makanan kami. Resipi asli (yang kami gunakan) memang betul-betul sebijik dengan resipi asli oleh Kolonel Sander. Jadi saya fikir (resipi) kat seluruh dunia, memang hampir sama. 

“Secara lokalnya orang Malaysia ni tak panggil ‘KFC’. Diorang ada sebutan (loghat) gaya tempatan tersendiri iaitu panggil ‘KEPCI’! Jadi macam tulah yang biasa kami sebut,” katanya.

Gambar: KFC Malaysia

Bukan itu saja, malah ada satu lagi misi penting yang Kamlesh perlu selesaikan. Kali ni dia sendiri kena turun padang jumpa orang, iaitu menghantar pesanan makanan kepada pelanggan. Mission on!

Misi penting Kamlesh #2: Hantar Order

Kalau korang nak tahu, dalam misi kedua ini, Kamlesh memegang tugas penting selaku ‘watak utama’ iaitu perlu menghantar pesanan makanan kepada beberapa pelanggan terpilih. Ada part dia kena hantar KFC ke geng-geng office (golongan bekerja), ada part dia kena hantar ke pelajar sekolah. 

Tapi di sebalik rasa gembira dapat jumpa orang Malaysia ni, ada juga tugas penting yang ‘menyentuh’ jiwa sanubari dia iaitu hantar KFC ke rumah jagaan warga emas.

Gambar: KFC Malaysia

Nak tahu macam mana perjalanan Kamlesh? Jom tonton video ni:

Dah setel jumpa Big Boss & hantar order: MISI SELESAI!

Sepanjang misi dia kat negara ini, katanya KFC Malaysia ada keunikan yang sangat penting dan mengajarnya sesuatu. Antaranya adalah KFC dapat memberikan senyuman kepada sesiapa saja.

“Saya rasa sepanjang beberapa hari perjalanan, saya akhirnya dapat tahu apa yang buatkan KFC ini akan diingati. Ia adalah sesuatu yang sangat unik bagi orang Malaysia dan setiap seorang daripada anda. Kehangatannya, senyumannya, caranya yang anda semua sambut saya dengan ‘10 jari’.

Gambar: KFC Malaysia

“Benda yang paling saya akan ingat tentang perjalanan ini adalah kawan-kawan baharu yang saya dapat. Saya dijemput ke rumah mereka, mereka kongsi gambar keluarga mereka. Kami sama-sama bergelak ketawa hatta benda kecik sekalipun. 

“Dan sudah tentu apa yang paling unik bagi saya, adalah anda semua. Kemesraan, persaudaraan, persahabatan sebenar. Jadi saya takkan berhenti menjadi anda, orang Malaysia. Saya pasti akan merindui anda. Saya bukan sekadar peminat, tapi jadi sahabat anda sekali,” memetik luahannya.

Disambut kompang, dibawa berjalan, makan, hantar order & jumpa big boss, semuanya kenangan terindah

Kalau imbas balik perjalanan Kamlesh sewaktu tiba di Malaysia, momen pertama yang cukup menarik adalah apabila dia disambut oleh ‘Atuk KFC’ bersama dengan iringan alunan tradisi kompang. Terasa betul vibe Malaysia tu.

Gambar: KFC Malaysia

Selain itu, banyak lagi momen lain yang pasti diingati Kamlesh macam dibawa ke hotel, disambut dengan kejutan ayam goreng atas katil, makan KFC dengan kru, hantar order ke pelanggan, hulur tangan menyumbang bakti di rumah jagaan warga emas sehinggalah bertemu dengan CMO KFC Malaysia.

Satu perkara yang ada nilai dalam kisah Kamlesh ini adalah dia dapat merasai sendiri macam mana gaya hidup orang Malaysia. Daripada sudut cara makannya, seleranya, budayanya, boleh kata hampir semuanya ‘susah nak jumpa’ kat Eropah sana. Secara tak langsung, Kamlesh macam dah jadi sebahagian rakyat Malaysia sendiri.

Kesimpulannya, begitulah cerita tentang Kamlesh dan KFC Malaysia sendiri. Tak dinafikan, hidangan KFC Malaysia memang cukup sedap sampai diiktiraf oleh Kamlesh yang pernah merasa KFC di merata negara sebagai KFC yang paling sedap di dunia.

Jadi apa-apa pun, Kamlesh dah pun membuktikan bahawa KFC di Malaysia adalah pilihan paling tepat untuk korang nikmati satu pengalaman menarik. Oleh itu jomlah sama-sama kita ke KFC SEKARANG!

Gambar: KFC Malaysia

 



The post Pernah Viral Kata KFC Malaysia Paling Sedap, Sekali Lelaki Ni Datang Balik Malaysia Bongkarkan Rahsia KFC appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*