Pertembungan Terakhir Ronaldo & Messi Gembirakan Peminat

Pertembungan Terakhir Ronaldo & Messi

Pertembungan Terakhir Ronaldo & Messi Gembirakan Peminat

Perlawanan persahabatan yang menampilkan Ronaldo dan Messi dikatakan sebagai antara perlawanan “terbaik sepanjang zaman”.

Walaupun perlawanan malam tadi bukanlah antara Real Madrid menentang Barcelona atau Argentina lawan Portugal, namun kedua-dua pesaing lama itu telah menunjukkan aksi terbaik mereka pada malam tadi.

Messi menjaringkan satu gol manakala Ronaldo dua gol, perlawanan berakhir menyaksikan kemenangan jatuh kepada Pasukan PSG dengan jaringan gol 5-4.

Bagi Messi, ia adalah kesinambungan daripada prestasi yang ditunjukkannya sewaktu memberikan kemenangan kepada Argentina dalam perlawanan mereka di Piala Dunia Qatar pada sebulan yang lalu.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Bagi Ronaldo pula, ia merupakan permulaan terbaiknya selepas disingkirkan oleh Maghribi pada perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar.

Selepas aksi yang dipamerkan semalam, Ronaldo sudah pasti akan mendapat perhatian di Arab Saudi selepas kelab Al Nassr berjaya menandatangani kontrak bersama pemain tersebut.

Pada perlawanan malam tadi, Ronaldo telah dinamakan sebagai pemain terbaik dan ini tidak mengejutkan kerana aksi yang dipamerkan olehnya malam tadi.

Pertembungan terakhir dua pemain bertaraf bintang itu adalah sewaktu pertembungan Barcelona dan Juventus dalam Liga Juara-Juara pada 2020 yang lalu.

Permainan penuh aksi malam tadi berakhir dengan jaringan gol 5-4 berpihak kepada pasukan PSG. Perlawanan itu juga dikatakan telah dihadiri oleh penonton seramai 1,600 orang.

Menurut ESPN, dimana ada Ronaldo atau Messi gol pasti akan dijaringkan dan aksi itu telah ditunjukkan pada perlawanan di padang pasir malam tadi.

Sumber: ESPN

The post Pertembungan Terakhir Ronaldo & Messi Gembirakan Peminat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*