Pertubuhan Haram Ayahanda Harimau Kumbang Tumpas, Polis Berpangkat Inspektor Antara Ditahan

Pertubuhan Haram Ayahanda Harimau Kumbang Tumpas, Polis Berpangkat Inspektor Antara Ditahan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan Sebuah pertubuhan haram bernama Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) yang turut dianggotai pegawai serta anggota polis, lapor Astro Awani.

Operasi Khas Op Selendang yang dijalankan pada Khamis hingga Sabtu lalu di Dungun dan Kuala Terengganu berjaya menahan 21 termasuk dua pegawai kanan polis serta 12 anggota pangkat rendah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, dua pegawai Inspektor serta beberapa anggota yang lain didapati bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

Menurutnya lagi, ketua kumpulan yang berusia 39 tahun itu dipercayai telah aktif sejak beberapa tahun lalu dalam kegiatan tersebut di sekitar daerah Dungun.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Tidak semua ahli kumpulan ini (ditahan) tetapi yang mana kita tangkap ini memang dikenal pasti dengan beberapa kes berunsurkan keganasan ataupun elemen gangsterism.

“Contohnya menjadi orang tengah untuk mengutip wang, hutang ah long. Mereka ini orang tengah untuk mengutip dengan menggunakan elemen kekerasan dengan ugutan jenayah. Juga aktiviti menarik kereta, contohnya menggunakan juga ugutan jenayah untuk dalam proses mereka menarik kereta,” kata Datuk Rohaimi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu.

Susulan penahanan itu, pihak polis turut berjaya merampas beberapa barangan termasuk peralatan ritual angkat sumpah, 28 buah telefon bimbit, enam bilah pedang, lapan buah kereta dan Al-Quran.

Beliau berkata, penahanan itu telah menyebabkan seramai 10 anggota berkenaan ditahan kerja bermula Isnin manakala untuk dua pegawai berkenaan masih menunggu arahan daripada Bukit Aman.

Sementara itu, penahanan kesemua suspek yang berusia 20 hingga 49 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958.

Sumber: Astro Awani

The post Pertubuhan Haram Ayahanda Harimau Kumbang Tumpas, Polis Berpangkat Inspektor Antara Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*