Peruntukan KPKT RM7 Juta Bakal Manfaat 672 Peserta PEKB 2024

Peruntukan KPKT RM7 Juta Bakal Manfaat 672 Peserta PEKB 2024

PUTRAJAYA, 30 Januari 2024 – Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan  Kerajaan Tempatan (KPKT), YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Bin Taib telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Pelaksanaan Program  Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) tahun 2024 yang berlangsung di  Bilik Mesyuarat Berlian, KPKT petang ini. 

Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Pelaksanaan Program PEKB tahun 2024 diadakan  bagi melantik Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai pelaksana yang akan diberi  tanggungjawab dalam melatih peserta PEKB. Bagi tahun 2024, KPKT telah  memperuntukkan sebanyak RM7 juta bagi pelaksanaan Program PEKB yang dijangka  akan memberi manfaat kepada 672 peserta program tersebut. 

Peserta PEKB 2024

Program PEKB melalui kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) merupakan satu program yang efektif dan langkah progresif KPKT dalam membantu merealisasikan  hasrat Kerajaan MADANI untuk membendung isu kemiskinan tegar di bandar. Justeru,  semenjak Program PEKB mula dilaksanakan pada tahun 2013 dan sehingga kini  KPKT telah berjaya melatih seramai 16,294 orang usahawan PEKB. 

Melalui program ini, peserta PEKB yang terdiri daripada golongan berpendapatan 40  peratus terendah (B40) akan diberikan latihan keusahawanan selama tujuh (7) hari  untuk meningkatkan kemahiran dalam pengendalian perniagaan dan keusahawanan. Ia bertujuan untuk memastikan peserta PEKB mampu mengusahakan perniagaan dan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup  agar keluar daripada kepompong kemiskinan.

Di samping itu, para peserta juga diberikan peralatan perniagaan sejurus selepas  tamat menjalani latihan tersebut bagi membolehkan peserta untuk terus memulakan  perniagaan. Selain itu pihak NGO pula akan memantau aktiviti perniagaan peserta  PEKB selama enam (6) bulan bagi memastikan mereka mampu menjana pendapatan  bulanan sekurang-kurangnya RM750.00 iaitu di atas Pendapatan Garis Kemiskinan  (PGK) Per Kapita yang terkini. 

Peserta PEKB 2024

Selaras dengan usaha Kerajaan MADANI untuk memastikan tiada rakyat yang  terpinggir, KPKT dengan kerjasama NGO akan terus komited untuk melahirkan lebih  ramai usahawan PEKB seterusnya mengurangkan masalah kemiskinan bandar yang  semakin meruncing demi kesejahteraan rakyat.  

The post Peruntukan KPKT RM7 Juta Bakal Manfaat 672 Peserta PEKB 2024 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*