Pesara polis maut Kawasaki Z250 ditunggang langgar tiang elektrik

KLUANG – Seorang pesara polis maut selepas motosikal kuasa besar jenis Kawasaki Z250 yang ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 32.5 Jalan Kluang-Teck Wah Heng dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Nor berkata, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 10.35 pagi menyebabkan Mohd. Firdaus Abdullah, 61, meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Renggam menghala ke Layang Layang di sini.

“Hasil siasatan awal dapati, semasa tiba di tempat kejadian motosikal mangsa dipercayai telah hilang kawalan disebabkan ada garisan kuning untuk perlahankan kenderaan.

“Akibat daripada itu, motosikal mangsa terbabas ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik, mangsa cedera parah di paha kanan, kepala dan badan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bahrain lagi, mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-KOSMO! ONLINE

The post Pesara polis maut Kawasaki Z250 ditunggang langgar tiang elektrik appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*