Pesohor media sosial upah samseng bunuh teman lelaki

Seorang pesohor media sosial di Brazil mengupah sekumpulan samseng untuk menyerang dan membunuh bekas teman lelakinya bagi membalas dendam kerana memutuskan hubungan mereka, lapor akhbar The Sun hari ini.

Isabelle Gomes Pereira, 28, dari Contagem didakwa mengupah tiga lelaki untuk memecah masuk rumah Leandro Rezende untuk membalas dendam.

Penyiasat berkata, lelaki berusia 36 tahun itu diserang ketika sedang tidur dengan diikat menggunakan kabel elektrik dalam kejadian pada Jun lalu.

Mangsa kemudian mati dicekik menggunakan kabel dari kipas ketika kumpulan tersebut menendang dan memukulnya.

Polis percaya Pereira hanya berniat untuk menakut-nakutkan dan mencederakan bekas teman lelakinya tetapi perkara itu berlaku dengan lebih teruk.

Pereira dan dua ahli kumpulan itu kini menghadapi pertuduhan merompak dengan keganasan sehingga menyebabkan kematian. Suspek ketiga masih dalam buruan polis.

Bedah siasat menyimpulkan bahawa Rezende terbunuh akibat sesak nafas.

Pereira dipercayai menemui tiga itu lelaki masing-masing berusia 20, 23 dan 31 tahun di bandar Belo Horizonte dan meyakinkan mereka untuk memecah masuk rumah bekas teman lelakinya pada waktu malam.

Selain memukulnya, wanita itu memberitahu bahawa mereka boleh merompak rumah Rezende dan membahagikan keuntungan. – Agensi

BACA: Guna Untuk Berkhayal, Sekumpulan Pelajar India Ketagih Minum Air Rebusan Kondom

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*