Petisyen Batal, Radzi Jidin Kekal Ahli Parlimen Putrajaya

radzi jidin kekal parlimen putrajaya

Petisyen Batal, Radzi Jidin Kekal Ahli Parlimen Putrajaya

Status Datuk Mohd Radzi Md Jidin sebagai Ahli Parlimen Putrajaya kekal selepas Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal untuk membatalkan petisyen.

Sebelum ini, Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim telah mengemukakan petisyen terhadap Ahli Parlimen berkenaan, yang didakwa terlibat dalam amalan rasuah.

Walau bagaimanapun, petisyen yang difailkan tersebut dibatalkan, berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi hari ini secara atas talian.

Menurut Hakim Datuk Faizah Jamaludin, Ahmad Faisal selaku pempetisyen gagal membuktikan amalan rasuah dilakukan sama ada Radzi sendiri selaku responden atau ejennya.

Faizah berkata ketika membaca keputusan penghakimannya, pempetisyen gagal menyakinkan pihak mahkamah mengenai kewujudan kegiatan rasuah membabitkan Radzi mengikut Seksyen 32 (c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Kekurangan fakta dan butiran mengenai dakwaan rasuah kepada pengundi akan menjadikannya mustahil untuk membuktikan kes di luar keraguan munasabah, jika perbicaraan diadakan.

“Saya juga mendapati petisyen itu defektif atau cacat kerana gagal mematuhi Peraturan 4 (1) (b) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya,” katanya ketika prosiding keputusan kes yang jalankan.

Tambahnya, kegagalan pempetisyen untuk mematuhi prosedur, menyebabkan kecacatan dalam bidang kuasa sehingga mengakibatkan mahkamah tidak dapat mendengar petisyen itu.

Beriktan tersebut, beliau mengarahkan petisyen ke atas Radzi tersebut dibatalkan. Manakala, pempetisyen, Ahmad Faisal dikehendaki membayar kos RM20,000 kepada Mohd Radzi.

Dalam prosiding berkenaan, Ahamd Faisal diwakili tiga orang peguam iaitu Datuk Mohd Hafarizam Harun, Norhazira Abu Hayan dan Amin Othman .

Sementara itu,  Mohd Radzi pula diwakili peguam, Yusfarizal Yussoff ketika sesi prosiding dijalankan secara atas talian.

Ahmad Faisal mendakwa Ahli Parlimen Putrajaya beri wang sogokan RM150 kepada pengundi semasa PRU-15

Terdahulu, Ahmad Faisal selaku seorang pengundi telah memfailkan petisyen bagi membatalkan kemenangan Mohd Radzi di Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Mohd Radzi yang merangkap Naib Presiden Bersatu didakwa memberi wang sogokan RM150 kepada pengundi berdaftar di kawasan itu, katanya.

Ahmad Faisal dilaporkan telah memfailkan petisyen pada menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada 26 Januari lalu.

Selain itu, beliau turut mengemukakan bukti sogokan pada butiran petisyen terbabit. Butiran sogokan berkenaan diambil menerusi perbualan dalam aplikasi ‘WhatsApp’ bertarikh 21 November dan 21 Disember 2022 serta 4 Januari lalu.

Baginya, rasuah yang dilakukan pihak berkenaan menyebabkan kemenangan kepada calon PN tersebut dan mengalahkan calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

BACA: Kenderaan Tanpa Permit e-Hailing, Pihak MAXIM Diambil Tindakan

Sumber: Astro Awani

The post Petisyen Batal, Radzi Jidin Kekal Ahli Parlimen Putrajaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*