Piala FA: Virgil Van Dijk undang resah Liverpool

LIVERPOOL – Kecederaan hamstring dialami Virgil Van Dijk meletakkan Liverpool dalam situasi sukar untuk menghadapi Wolverhampton pada pusingan ketiga Piala FA di Anfield, awal pagi esok.

Sejak beberapa musim lalu, masalah kecederaan seakan tidak dapat dipisahkan dengan The Reds dan ketiadaan Van Dijk pastinya cukup dirasai pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Ketika ini, Joe Gomez menjadi satu-satunya pertahanan tengah yang belum ada masalah kece­deraan dan berita baiknya adalah kehadiran semula Joel Matip yang berjaya memanfaatkan tempoh rehat Piala Dunia untuk mendapatkan semula tahap kecergasaannya.

“Saya gembira untuk kembali ke padang semasa kem latihan di Dubai. Saya fikir saya masih memerlukan masa untuk menjadikan kami lebih baik.

“Kecederaan adalah sebahagian daripada bola sepak dan pastinya saya berharap mampu terus bekerja seperti yang pernah dilakukan sebelum ini. Saya fikir tempoh rehat sebelum ini sesuatu yang bagus untuk membolehkan pemain benar-benar bersedia untuk tidak lagi terlepas sebarang perlawanan.

“Bagi saya, sesuatu yang menggembirakan apabila saya dapat melakukan pemulihan semasa kempen Piala Dunia kerana tempoh itu memberikan masa untuk saya berada pada tahap terbaik,” kata Matip.

Pada perlawanan dengan Brentford sebelum ini, Matip dimasukkan bagi menggantikan Van Dijk dan menamatkan aksi bergandingan dengan Ibrahima Konate.

Pastinya, dengan 200 penampilannya bersama Liverpool setakat ini, Ma­tip menjadi pemain berpengalaman yang boleh dipertimbangkan oleh Klopp bagi melunaskan misi mempertahankan kejuaraan musim ini. – AGENSI

The post Piala FA: Virgil Van Dijk undang resah Liverpool appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*