PM Ditangga Ke-22, Kategori Pemimpin & Ahli Politik Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

Anwar Tersenarai Dalam ‘500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia’

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menduduki tangga ke-22 dalam kategori Pemimpin dan Ahli Politik Muslim Paling Berpengaruh dalam senarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia 2023.

Kategori Pemimpin dan Ahli Politik Muslim Paling Berpengaruh itu merupakan satu daripada tiga kategori ‘Honourable Mentions’ dalam senarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia 2023.

Kejayaan pakatan politik pimpinannya, Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum 15 dan pembentukan Kerajaan Perpaduan bersama BN serta gabungan parti politik yang lain menyaksikan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Berita pelantikan tersebut turut menjadi topik utama beberapa media antarabangsa selain mendapat panggilan dan ucapan tahniah daripada pemimpin-pemimpin besar negara asing di seluruh dunia.

Selain beliau, beberapa individu dari Malaysia turut berjaya memasuki senarai Top 450 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia 2023 antaranya isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah, Presiden Pas iaitu Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Abdul Awang dan mantan Perdana Menteri ke-4 & 7, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dato Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, Zainah Anwar, Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Dr Osman Bakar, Syed Mokhtar Al-Bukhary, Hafiz Hamidun, Professor Mohammad Hashim Kamali, Sheikh Dr Mahmoud MrGlani, Dato’ Siti  Nurhaliza, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Vivy Yusof turut tersenarai kali ini.

Kenali apa itu senarai Top 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia 2023

Menurut risalah The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi ke-14, terdapat kira-kira 1.94 bilion penganut agama Islam di dunia buat masa ini.

Jumlah ini menjadikan komuniti ini mewakili satu per empat daripada populasi penduduk bumi.

Bukan itu sahaja, kebanyakan penganut agama Islam yang menetap di negara majoriti Islam, sering kali menyebut diri mereka sebagai sebagaian daripada ‘ummah’, iaitu terma yang merujuk kepada komuniti Muslim secara global.

Secara umumnya, penerbitan risalah secara tahunan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pengaruh yang dimiliki oleh individu beragama Islam, sama ada terhadap dunia Islam atau komuniti global.

The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi ke-14 mentakrifkan perkataan pengaruh sebagai “individu yang memiliki kekuasaan, sama ada dalam bidang budaya, permikiran, kewangan, politik dan lain-lain, melakukan perubahan yang akan memberikan impak kepada dunia Islam atau penganut agama itu sendiri.”

Secara umumnya, Senarai 50 Teratas telah didominasi oleh para ulamak dan pemimpin negara. Pengaruh yang dominan dan berpanjangan tidak dapat dinafikan, terutamanya bagi para pemimpin dan ulamak mengikut bidang pengkhususan masing-masing.

Kredit: The Royal Islamic Strategic Studies Centre

BACA: “Negara Manakah…,” Soalan Mengenai Anwar Ibrahim Ditanya Dalam Rancangan “Who Want To Be A Millionaire” India

Sumber: The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi ke-14 

The post PM Ditangga Ke-22, Kategori Pemimpin & Ahli Politik Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*