PMWP tetapkan bayaran bagi permohonan tauliah mengajar

PUTRAJAYA – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menetapkan bahawa semua permohonan tauliah bagi mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan akan dikenakan bayaran bermula tahun ini.

Kadar bayaran itu dikenakan bagi permohonan baharu, khas dan pembaharuan yang berkuatkuasa bermula Januari 2023.

PMWP menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, ketetapan itu dibuat selaras Kaedah 3, Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Tauliah Mengajar Agama Islam)(Pindaan) 2021 yang telah berkuatkuasa pada Januari 2021.

Menurutnya, bagi tauliah mengajar agama Islam (khas) bagi setiap program, kadar bayaran dikenakan adalah RM100 bagi warganegara dan RM200 bagi bukan warganegara.

“Bagi tauliah mengajar agama Islam selain tauliah mengajar agama Islam (khas) pula, kadar bayaran bagi setahun adalah RM30, RM50 (tiga tahun) dan RM80 (lima tahun) selain RM50 setahun bagi bukan warganegara.

“Bagi pembaharuan tauliah pula, kadar bayaran ditetapkan adalah RM30, RM50 (tiga tahun) dan RM80 (lima tahun) selain RM50 setahun,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post PMWP tetapkan bayaran bagi permohonan tauliah mengajar appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*