Connect with us

Semasa

Polis buru pengasas produk kecantikan cium bibir adik angkat


Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merupakan pengasas produk kecantikan untuk membantu siasatan terhadap videonya yang tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mencium bibir budak lelaki.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya sedang mengesan kanak-kanak dan saksi kejadian itu.

“Siasatan kes itu lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak dan memberi tumpuan untuk mengesan kanak-kanak itu,” katanya ketika dihubungi.


Semalam, video tersebut tersebar di media sosial apabila seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkat lelaki itu.

Melalui carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan tersebut memuat naik beberapa video yang menunjukkan tingkah laku tersebut melalui akaun TikTok miliknya yang kini sudah dinyahaktifkan.

Sumber: Bernama

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags