Polis Kelantan Jangka Permohonan Permit Jual Mercun Akan Meningkat

Permit Jual mercun

Polis Kelantan Jangka Permohonan Permit Jual Mercun Akan Meningkat

KOTA BHARU — Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya menjangkakan peningkatan permohonan permit penjualan mercun dan bunga api susulan tiada lagi kekangan pandemik Covid-19, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kesemua ibu pejabat polis daerah sudah bersiap siaga dengan kemungkinan itu.

Tambah Muhamad Zaki, permit penjualan tersebut berkemungkinan diluluskan dalam tempoh dua minggu sebelum raya.

“Mungkin lebih ramai peniaga akan membuat permohonan menjual mercun selepas beberapa tahun musim perayaan berada dalam pandemik Covid-19,” jelasnya selepas program memberikan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya hari ini.

Menurutnya lagi, operasi pemantauan di sempadan juga akan diperketatkan. Ia bagi membendung penyeludupan khususnya bahan bakar itu ketika musim perayaan.

“Kita baharu sahaja selesai mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa Thailand dan akan ada strategi baharu yang akan diaturkan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pihaknya juga sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan peningkatan aktiviti penyeludupan berkenaan.

“Setakat seminggu Ramadan belum ada kes penyeludupan mercun ke negara ini,” katanya.

BACA JUGA: 4 Maut, 23 Termasuk Bayi 4 Bulan Cedera Dalam Kejadian Letupan Mercun

Sewaktu pengagihan sebanyak 150 bekas bubur lambuk dari Maggi, Muhammad Zaki menjelaskan bahawa pihak berkuasa komited dalam membantu aktiviti kemasyarakatan walaupun berdepan dengan kesibukan kerja.

Di samping itu, keberadaan mereka turut memeriahkan lagi suasana Ramadan. Perkara yang sama mahu diterapkan dalam pegawai lain agar turut berasa simpati dan empati kepada rakyat yang memerlukan, maklumnya.

Permit Jual Mercun

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu ketetapan dasar daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pelaksanaan penjualan mercun dan bunga api, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, dasar berkaitan penguatkuasaan tersebut masih lagi menjadi tanda  tanya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang akhbar di program ‘hiking’ bersama PDRM di Taman Persekutuan, Bukit Kiara Februari lalu.

“Saya baharu mengetahui mengenai perkara itu, kita masih menunggu dasar daripada KDN, saya tidak mahu mengulas lanjut,” ujarnya.

Tambahan lagi, menurut laporan media Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah menyerahkan perkara tersebut kepada KDN.

Ia bagi perincian garis panduan mengenai lesen penjualan mercun dan bunga api dapat dilakukan.

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Kelantan Jangka Permohonan Permit Jual Mercun Akan Meningkat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*