Polis siasat kejadian hiasan dinding mengandungi ayat al-Quran dibuang

SEREMBAN: Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu disyaki terlibat dalam kejadian penemuan longgokan perhiasan dinding yang mengandungi ayat suci al-Quran dekat Nilai di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden, Mat Ghani Lateh berkata, sehubungan itu kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang  maklumat berhubung penemuan longgokan tersebut boleh menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mat Ghani dalam pada itu berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah menerima laporan daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 6.45 petang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis Cawangan Khas IPD Nilai bersama JHEAINS telah ke lokasi kejadian di Kawasan Perindustrian Arab Malaysian, Nilai.

“Ia kemudian telah menemukan longgokan perhiasan dinding yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran dalam bentuk berbingkai dan tidak berbingkai dibuang oleh individu yang masih belum dikenal pasti.

“Hasil perbincangan bersama bersama pihak JHEAINS dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), longgokan tersebut akan dikumpul dan dilupuskan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi mengikut hukum syarak,” katanya lagi.-UTUSAN.

The post Polis siasat kejadian hiasan dinding mengandungi ayat al-Quran dibuang appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*