Polis Siasat Perhimpunan 1 Mei, Gimik Pelancaran Gerakan Rakyat

polis perhimpunan 1 mei

Polis Siasat Perhimpunan 1 Mei, Gimik Pelancaran Gerakan Rakyat

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) — Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan 1 Mei 2023 dan sidang media gimik pelancaran Gerakan Rakyat yang diadakan di dua lokasi di ibu negara antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata perhimpunan di hadapan Bangunan Maju Junction menyaksikan sekumpulan peserta berarak melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak ke Jalan Leboh Ampang, dan satu lagi perhimpunan diadakan di sekitar Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Beliau berkata hasil pemerhatian polis mendapati kira-kira 200 orang menyertai perhimpunan di hadapan Bangunan Maju Junction, manakala kira-kira 30 orang lagi terbabit dalam perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo di sini.

“Berikutan itu, polis membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan penganjur kedua-dua perhimpunan itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang bagi mengelak dikenakan tindakan.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Siasat Perhimpunan 1 Mei, Gimik Pelancaran Gerakan Rakyat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*