Connect with us

Semasa

Polis Siasat Video Sekumpulan Pelajar Sekolah Bergaduh

Published

on

SEREMBAN, 27 Sept (Bernama) — Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sebuah video yang tular di laman sosial Facebook hari ini, menunjukkan aksi sekumpulan pelajar lelaki yang memakai pakaian seragam sekolah dan baju sukan, sedang bergaduh.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata laporan polis telah diterima semalam dan susulan itu siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Laporan polis dibuat semalam, siasatan lanjut dijalankan.. bagaimanapun setakat ini belum ada pelajar ditahan atau dipanggil untuk soal siasat yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan ini,” katanya kepada pemberita dalam kenyataan di sini, hari ini.

Video berdurasi 28 saat itu menunjukkan aksi pergaduhan sekumpulan pelajar dengan ada diantara mereka yang menumbuk dan menendang pelajar lain dan dikatakan lokasi kejadian di Sekolah Menengah Seremban 2.

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

AKSI pergaduhan sekumpulan pelajar lelaki dipercayai dari sekolah menengah di Seremban, menjadi tular di Facebook, hari ini.

Video berdurasi 28 saat itu dimuat naik menerusi akaun Facebook seorang individu sebelum dikongsikan pengguna lain sehingga ditularkan.

Dalam rakaman itu, dua kumpulan remaja lelaki yang memakai pakaian seragam sekolah menengah dan berbaju kemeja-T bertumbuk serta menendang antara satu sama lain.

Difahamkan, pergaduhan itu berlaku di luar perkarangan sekolah, selepas sesi persekolahan semalam.

Akibat pergaduhan itu, ada pengguna jalan raya bertindak membunyikan hon kenderaan dan menjerit supaya pergaduhan dihentikan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, polis sudah menerima laporan kejadian itu, semalam.

“Kita (polis) masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Setakat ini belum ada tangkapan dibuat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, JPNS belum menerima sebarang maklumat mengenai kejadian.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan segera dan akan mengambil tindakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Sumber: BERNAMA, Harian Metro

Instafamous: IG Kaboom! panduan tinggkatkan follower & letupkan jualan di Instagram

Advertisement

Tags

Archives

Trending