Polis Tahan Buruh, Rampas 6,000 Pil Yaba

buruh pil yaba

Polis Tahan Buruh, Rampas 6,000 Pil Yaba

JELI, 5 April (Bernama) — Polis menahan seorang buruh bersama 6,000 biji pil yaba di dalam sebuah kereta di tepi Jalan Jeli-Dabong, Kampung Lama dekat Kuala Balah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata lelaki tempatan berusia 47 tahun itu ditahan anggota yang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut kira-kira 11 malam.

“Pemeriksaan terhadap sebuah beg silang bersama lelaki itu menemukan 24 peket plastik berisi 6,000 biji pil yaba yang dianggarkan bernilai RM60,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saari berkata saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif terhadap dadah jenis Methamphetamine dan dia direman hingga Selasa depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B(1)(a) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BACA: Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 9,000 Pil Yaba Bernilai RM90,000

Polis tahan 27 individu jadikan empat unit rumah tempat edar dadah

Sebelum ini, media melaporkan polis telah menahan 27 individu disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang menjadikan empat unit rumah di sebuah pangsapuri di Jinjang Baru, Sentul, sebagai tempat kegiatan jenayah mereka.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata kesemua lelaki berumur antara 23 dan 40 tahun itu ditahan pukul 5 pagi hingga 10 pagi, dan ada antara mereka cuba melarikan diri dengan memanjat tingkap dan bumbung pangsapuri empat tingkat itu, namun akhirnya berjaya ditahan.

Beliau berkata polis turut merampas dadah jenis methamphetamine seberat 59.44 gram, serta sebuah kereta jenis Perodua Myvi, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, tiga utas gelang tangan, tiga bentuk cincin, seutas rantai bersama loket warna kekuningan dan wang tunai RM603.

Katanya semua suspek yang didapati positif methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah itu dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39(A)(1), Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) di bawah akta yang sama serta Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah – Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Bahagian III Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Tahan Buruh, Rampas 6,000 Pil Yaba appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*