Polis Tahan Dua Lelaki Bertindak Samseng Terhadap Bas Henti-Henti Di Kulai

lelaki samseng Bas Henti-Henti Di Kulai

Polis Tahan Dua Lelaki Bertindak Samseng Terhadap Bas Henti-Henti Di Kulai

JOHOR BAHRU, 25 Feb (Bernama) — Polis menahan dua lelaki tempatan apabila bertindak samseng jalanan dengan menahan sebuah bas henti-henti di  Jalan Batu 21, Kulai Besar, di Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tok Beng Yeow, berkata suspek berusia 32 dan 42 tahun yang menaiki kenderaan jenis BMW warna hitam itu ditahan kira-kira jam  9 pagi tadi di sekitar daerah berkenaan susulan laporan dibuat pemandu bas terbabit pada jam 10.11 pagi, semalam.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

“Siasatan awal mendapati myBAS yang dipandu lelaki berumur 31 tahun telah ditahan oleh BMW yang bertindak menghalang laluan bas sebelum dua individu keluar daripada kereta berkenaan dalam keadaan mabuk lalu menghampiri dan menghentak sisi bas beberapa kali menggunakan tangan.

“Bagaimanapun, tiada kerosakan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi seminit memaparkan sebuah kereta mewah menahan bas henti-henti sebelum dua individu turun daripada kereta itu dan menghampiri bas tersebut seperti samseng.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Tahan Dua Lelaki Bertindak Samseng Terhadap Bas Henti-Henti Di Kulai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*