Polis Tahan Lima Lelaki, Seorang Wanita Bantu Siasatan Kes Gaduh Di Tampoi

kes gaduh tampoi

Polis Tahan Lima Lelaki, Seorang Wanita Bantu Siasatan Kes Gaduh Di Tampoi

JOHOR BAHRU, 28 Mei (Bernama)Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata kesemua warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 35 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti dan sedang mengesan beberapa individu yang masih bebas, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.40 malam itu.

“Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 365 KK serta Seksyen 385 KK.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat ASP Risman Sahid di talian 019-7766043,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 28 saat di media sosial yang memaparkan mengenai kejadian pergaduhan itu.

BACA: Polis Siasat Ahli Politik Didakwa Pukul, Pijak Perut Isteri Sedang Hamil

Didakwa ‘Buli Jalan’ Perodua Myvi, Pemandu Lori Tular Ditahan Polis

Sebelum ini, media melaporkan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya mengeluarkan satu kenyataan berhubung video tular yang merakam tindakan sebuah lori didakwa sebagai pembuli jalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin bin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik telah mengesan video tular tersebut pada 26 Mei 2023, lebih kurang 7.00 malam.

Video tersebut telah menunjukkan sebuah lori Scania berwarna kuning yang dipandu secara melulu.

Antaranya seperti mengubah haluan dan berhenti secara mengejut di Lebuhraya Persekutuan arah Shah Alam sebelum susur masuk Subang, Petaling jaya.

Berdasarkan hasil siasatan awal, pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada 25 Mei 2023. Tambahnya, pihak polis berjaya mengesan kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Tahan Lima Lelaki, Seorang Wanita Bantu Siasatan Kes Gaduh Di Tampoi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*