Connect with us

Semasa

Posmen lastik anjing digantung tugas, mungkin ditamatkan perkhidmatan

Tindakan seorang posmen melastik anjing menggunakan gelang getah yang didakwa mencederakan mata haiwan itu dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Kluang, Johor. telah mengundang padah apabila videonya disebarkan di media sosial.

Video berdurasi 21 saat itu dimuat naik oleh pengendali laman Facebook Malaysian Independent Animal Rescue, yang mendapat banyak reaksi daripada netizen yang mengkritik tindakan tidak bertanggungjawab kakitangan Pos Malaysia Berhad.

Berdasarkan video tersebut, posmen yang terlibat sebelumnya menekan butang loceng di pagar rumah sebelum didatangi oleh anjing peliharaan pemiliknya, yang menyalak dari belakang pagar.


Lelaki itu kemudian mengambil gelang getah dan dilastik pada haiwan itu menyebabkan anjing itu terus lari.

Pos Malaysia mengambil maklum kejadian itu dan menyiasat aduan dari orang ramai dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangan sekiranya didapati bersalah.

Dalam perkembangan terkini, Pos Malaysia dalam satu kenyataannya luakan rasa menyesal dengan tindakan lelaki itu yang telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalakan.

“Kami telah mengenal pasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan.

“Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuk menamatkan perkhdimatan mereka,” katanya.


Sumber: Sinar Harian


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags