Presiden Türkiye Dirakam Azan Dan Menamakan Bayi Mangsa Gempa Bumi

presiden Türkiye azan

Presiden Türkiye Dirakam Azan Dan Menamakan Bayi Mangsa Gempa Bumi

Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan telah azan dan menamakan seorang bayi mangsa gempa bumi yang baru lahir di sebuah hospital di Istanbul pada Isnin lalu, lapor Anadolu Agency.

Semasa melawat mangsa gempa bumi yang terselamat di Basaksehir Cam dan Hospital Sakura City, Erdogan telah mengazankan seorang bayi perempuan yang baru lahir itu.

Erdogan juga telah menamakan bayi berkenaan “Ayse Betul” dan memanggilnya sebanyak tiga kali.

Menurut laporan Anadolu Agency, penamaan bayi perempuan tersebut dibuat atas permintaan dari ibu bayi itu sendiri.

Beribu-ribu mangsa yang terselamat kini menerima rawatan di banyak bandar, termasuk Istanbul dan Ankara.

Sekurang-kurangnya 31,643 orang terkorban dalam dua kejadian gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Türkiye pada 6 Februari lepas

Manakala lebih 80,000 mangsa yang lain dilaporkan cedera, lapor Anadolu Agency.

Gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud, berpusat di wilayah Kahramanmaras telah menjejaskan lebih 13 juta penduduk di 10 wilayah.

Antara wilayah-wilayah yang terkesan termasuk Hatay, Gaziantep, Adıyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye dan Sanliurfa.

Beberapa negara di rantai itu, termasuk Syria dan Lubnan juga turut merasai gegaran kuat yang melanda Türkiye dalam tempoh kurang 10 jam.

Terdahulu, Siakap Keli melaporkan seorang bayi baru lahir ditemui masih hidup dan berjaya diselamatkan.

Bayi tersebut telah ditemui oleh saudaranya dalam runtuhan bangunan rumahnya, ketika mereka sedang mencari jasad ahli keluarga yang terkorban dalam insiden tersebut.

Ketika diselamatkan, tali pusat bayi berkenaan didapati masih bersambung dengan ibunya. Malangnya, ibu bayi berkenaan dilapor terkorban.

Difahamkan, bayi tersebut merupakan satu-satunya ahli keluarga tersebut yang terselamat, manakala saudara yang lain pula ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.

16 bayi berjaya diselamatkan

Seramai 16 bayi ditemui bersendirian selepas gempa bumi yang menggegarkan Türkiye dan Syria dilaporkan telah selamat dibawa ke Anakara menggunakan pesawat Presiden Türkiye.

Bayi-bayi itu dipercayai tidak mempunyai kecederaan dan akan dijaga oleh pertubuhan kanak-kanak yang bergabung dengan Kementerian Perkhidmatan Keluarga dan Sosial.

Dua daripada bayi itu dikeluarkan dari serpihan akibat gempa bumi dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.

Manakala 14 lagi sedang dirawat di hospital di Kahramanmaras ketika gempa bumi berlaku namun pihak berkuasa masih belum dapat menghubungi keluarga mereka.

Sumber: Anadolu Agency

The post Presiden Türkiye Dirakam Azan Dan Menamakan Bayi Mangsa Gempa Bumi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*