Presiden UAE Arah 1,025 Banduan Diampunkan Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadan

banduan UAE diampunkan

Presiden UAE Arah 1,025 Banduan Diampunkan Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadan

Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dilaporkan memberi pengampunan dan pembebasan kepada 1,025 banduan penjara sempena bulan Ramadan.

Memetik Arabian Business, pengampunan secara tahunan oleh Sheikh Mohamed sempena bulan Ramadan itu adalah bertujuan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan.

Ia juga untuk memberikan kebahagiaan kepada ibu dan anak-anak banduan yang diberikan kebebasan untuk berfikir sejenak tentang masa depan mereka agar boleh kembali ke pangkal jalan dan menjadi orang yang berguna kepada kehidupan dan masyarakat.

Banduan UAE diampunkan

Pengampunan itu difahamkan sudah menjadi antara rutin tahunan sama seperti ketika menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Aidilfitri.

Tahun lalu, bagi sambutan Hari Kebangsaan UAE yang ke-51, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengarahkan pembebasan seramai 1,530 banduan. Malah beliau juga menjanjikan untuk menyelesaikan kewajipan kewangan banduan yang dibebaskan.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Jawatankuasa pencerapan bulan UAE dijadualkan bermesyuarat pada hari semalam, selepas solat Maghrib di Jabatan Kehakiman Abu Dhabi. Ia bertujuan untuk menentukan permulaan Ramadan bagi tahun 2023.

Bulan suci Ramadan ditetapkan bermula pada hari Rabu, 22 Mac atau Khamis 23 Mac berdasarkan penampakan keadaan anak bulan.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Abdullah Sultan bin Awad Al Nuaimi, Menteri Kehakiman sambil dihadiri oleh beberapa pegawai tinggi.

Ramadan hanya akan bermula bila anak bulan kelihatan

Ramadan 2023 hanya akan bermula secara rasmi apabila jawatankuasa mengesahkan bahawa mereka telah melihat anak bulan tersebut.

Terdahulu, negara Qatar mengumumkan waktu bekerja bagi pekerja sektor awam di negara itu sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Kakitangan sektor awam Qatar akan bekerja selama lima jam sehari sepanjang bulan Ramadan, umum Menteri Hal Ehwal Negara Qatar, Mohamed Al Sulaiti pada Isnin.

Menurut agensi berita negara Qatar (QNA), Al Sulaiti mengeluarkan pekeliling yang menyatakan waktu bekerja akan bermula secara rasmi dari 9 pagi hingga 2 petang.

Pengumuman itu terpakai bagi kementerian, agensi kerajaan dan institusi negara tersebut.

Menurut laporan itu lagi, pekerja juga dibenarkan masuk kerja pada pukul 10 pagi, bergantung kepada keperluan kerja mereka namun perlu mencukupi jumlah lima jam tempoh bekerja yang diumumkan kepada setiap pekerja.

Sumber: Arabian Business

The post Presiden UAE Arah 1,025 Banduan Diampunkan Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*