Printer Sekarang Boleh Buat Multi-Scanning? Baca Ni Dulu Sebelum Beli Printer Supaya Berbaloi

Printer Sekarang Boleh Buat Multi-Scanning? Baca Ni Dulu Sebelum Beli Printer Supaya Berbaloi

Penggunaan printer masa kini sudah menjadi keperluan, terutamanya bagi yang menguruskan pelbagai urusan pendokumentasian. Pada masa kini, sudah ada pelbagai variasi mesin cetak dan juga didatangkan dengan teknologi. Oleh itu, kami nak kongsikan beberapa tips sebelum beli printer dan model manakah yang sangat sesuai dengan semua tips di bawah. Jangan risau juga, kami akan dedahkan kepada korang mengenai promosi dan maklumat mengenai sebuah mesin cetak pintar di bawah.

Tips Beli Printer – Percetakan Volum Tinggi Tanpa Gangguan Bekalan Dakwat

Sebelum memilih printer, korang juga kena tahu tahap penggunaan peranti itu nanti. Bukan apa, kalau korang memang sudah ada tujuan untuk penggunaan yang maksimum, tidak semua mesin cetak mampu untuk melakukannya. Disebabkan itu, korang perlu memilih mesin cetak yang boleh mencetak volum tinggi tanpa sebarang gangguan.

Sebagai contoh, bekalan dan kualiti dakwat sangat penting bagi penggunaan printer kerana boleh mengeluarkan hasil yang sangat berkualiti dan kos efektif. Kalau mencetak dalam jumlah yang banyak, aspek kos memang wajib diambil kira. Kita pastinya tidak mahu kerugian apabila mencetak dalam jumlah yang banyak, jadi tangki dakwat yang sangat baik adalah penting untuk perkara ini.

Tangki tanpa sisa dan bebas tumpahan

Kebiasaannya bila mengendalikan dakwat, pasti akan ada dakwat yang tertumpah dan penuhi tangan korang kan, jadi seeloknya korang perlu dapatkan mesin cetak yang didatangkan dengan tangki dakwat bebas tumpahan yang bentuknya direka khas untuk pengisian semula senang.

HP Smart Tank

Apabila bercakap tentang mesin cetak dan juga ciri-ciri seperti di atas, boleh kami katakan yang mesin cetak terbaik untuk kegunaan korang adalah HP Smart Tank yang didatangkan dengan pelbagai jenis teknologi dan ciri-ciri canggih. Lebih menarik, HP Smart Tank ini boleh dimiliki dengan harga berpatutan serta menawarkan pengalaman percetakan yang sangat hebat.

Seperti tips mesin cetak terbaik, HP Smart Tank dilengkapi dengan sambungan yang sangat baik termasuklah Self-Healing Wi-Fi® dan juga mobiliti dengan HP Smart app. Dengan adanya sambungan canggih seperti ini, pengguna boleh melakukan aktiviti percetakan tanpa perlu menunggu di hadapan mesin cetak tersebut. Hanya tetapkan menerusi telefon pintar dan korang boleh menikmati hasil yang sangat berkualiti.

Lebih menarik, HP Smart Tank dilengkapi dengan tangki dakwat yang boleh menghasilkan sehingga 6,000 helaian hitam atau warna. Kuantiti yang sangat banyak ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang mempunyai perniagaan untuk kelancaran operasi. Maknanya, setelah membeli printer, korang boleh mencetak sehingga 150 muka surat dalam sebulan dan boleh bertahan hampir tiga tahun.

Yang lebih utama, HP Smart Tank juga dilengkapi dengan ‘Ink Sensor’ yang boleh memantau dan mengekalkan tahap dakwat ketika ianya digunakan. Perkara ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kerosakan “print head” and boleh menjimatkan wang anda untuk pembelian alat ganti.

Kalau diikutkan, banyak lagi spesifikasi menarik yang ditawarkan HP Smart Tank termasuklah pengesanan automatik kad pengenalan dalam satu helaian, HP Wolf Essential Security untuk pertahankan maklumat sensitif, penggunaan 45% dari bahan kitar semula dan sesuai untuk operasi bisnes.

Kalau korang nak tahu, HP Smart Tank baru-baru ini juga telah memenangi Anugerah iF Design 2023 untuk reka bentuk moden yang mengoptimumkan produktiviti yang sepadan dengan persekitaran rumah & pejabat masa kini.

HP Smart Advance

 HP Smart Advance adalah alat produktiviti dalam aplikasi HP Smart yang menawarkan pengimbasan lebih maju dan ciri pemprosesan dokumen lain. Ciri ini juga membantu korang untuk meratakan halaman secaran automatik, alih keluar tanda yang mengganggu dan mengimbang berbilang dokumen sekaligus untuk menyimpannya.

Tahu tak betapa lecehnya untuk mengimbas berbilang dokumen satu demi satu seperti ada banyak invois atau lakaran. Jadi dengan aplikasi ini, korang boleh mengimbang berbilang item pada satu masa dan secara automatik memisahkan setiap item ke dalam halaman berasingan sebagai fail atau PDF berbilang halaman. Memang sangat menjimatkan masa korang tau.

Cetak Smart Dengan Cabaran HP

Korang juga sebenarnya boleh menyertai #CetakSmartwithHP Challenge untuk berpeluang memenangi satu HP Smart Tank. Peserta boleh mencuba cabaran menarik seperti Print and Spray (Smudge-proof printing) dan Scan Speedway (Multi-Document Scanning)! Dengan itu, korang boleh betul2 menguji HP Smart Tank bersama semua ciri-ciri pintarnya.

Pada hujung minggu ini, ada cabaran yang akan berlangsung dari 19 sehingga 21 May di IOI City Mall. Tapi kalau tak dapat hadir minggu ini, jangan risau sebab ada banyak lagi cabaran di seluruh Malaysia mulai sekarang sehingga 16 Julai.

Nak tahu di mana lokasi berbeza itu, jangan lupa lawati laman, di mana lokasi akan dikemas kini setiap minggu https://www.facebook.com/events/591318406310701?ref=newsfeed 

Tidak dinafikan, pelbagai fungsi yang korang boleh manfaatkan sekiranya memiliki HP Smart Tank. Jadi, kalau rasa berminat dan sangat memerlukannya, korang boleh mendapatkanya bersama penebusan e-wallet Touch n Go sebanyak RM100 untuk Smart Tank 520 dan RM50 untuk Smart Tank 580.

HP Smart Tank 580 juga didatangkan dengan 4 botol dakwat ditambah 1 botol dakwat percuma (GT53XL) untuk menjadikan jumlah out-of-the-box korang kepada 12,000 halaman hitam putih.

Secara keseluruhannya, sekiranya korang mempunyai perniagaan kecil dan mahu meningkatkan operasi, korang sepatutnya perlu beralih dengan lebih bijak, #SwitchToSmart supaya dapat #CetakSmartWithHP. 

The post Printer Sekarang Boleh Buat Multi-Scanning? Baca Ni Dulu Sebelum Beli Printer Supaya Berbaloi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*