Profesional dengan bekas suami, Nora Danish dipuji hebat

PETALING JAYA – Pelakon jelita Nora Danish menuai pujian ramai dan disifatkan ibu dan wanita hebat apabila meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Putra Rayqal bersama-sama dengan suami, Mohamad Nedim Nazri dan bekas suaminya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Nora, 41, berkongsi beberapa keping foto meraikan hari jadi Rayqal ke-14 tahun yang turut dihadiri bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

“Sambutan awal hari jadi untuk anak kami yang kini berumur 14 tahun sebelum menghantarnya ke sekolah.

“Kami sempat makan tengah hari bersama keluarga. Masih tidak percaya bahawa Rayqal sudah mencecah usia 14 tahun dalam masa tiga hari lagi,” tulis Nora.

Perkongsian pelakon itu sekali gus membuatkan pengikutnya berasa begitu senang apabila melihat dirinya masih lagi menjalinkan hubungan profesional dengan bekas suami, Jejai untuk sama-sama membesarkan anak mereka.

Rata-rata menyifatkan apa yang dilakukan Nora wajar menjadi contoh kepada keluarga lain apabila masih sama-sama membesarkan anak walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.

“Suka tengok keluarga contoh begini. Semoga berkasih sayang hingga ke syurga,” kata seorang pengguna Instagram.

“Walaupun sudah berpisah, Jejai dan Nora masih mengeratkan hubungan keluarga,” puji seorang lagi netizen.

“Awak sangat hebat dalam membesarkan anak bersama bekas suami. Kamu jadi inspirasi buat semua,” kata seorang netizen.

Untuk rekod, Nora dan Jejai telah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya kata iaitu Rayqal. Pasangan itu bagaimanapun berpisah pada 10 Julai 2008.

Nora kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun. – KOSMO!

The post Profesional dengan bekas suami, Nora Danish dipuji hebat appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*